HalalXPlorer Logo
harga tiket gamuda gardens skyline luge kuala lumpur ticket price harga tiket
22 December 2023

Harga Tiket & Waktu Operasi Skyline Luge Kuala Lumpur Yang Anda Perlu Tahu !

Kongsikan:

Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL), terletak di Gamuda Gardens. sebuah taman aktiviti yang mesra keluarga, telah dibuka bermula 9 Disember lalu !

harga tiket gamuda gardens skyline luge kuala lumpur ticket price harga tiket

Skyline Luge diasaskan di New Zealand pada tahun 1985, dan Skyline Luge Kuala Lumpur merupakan yang pertama di Malaysia, serta tapak Luge yang kelapan di seluruh dunia dan yang kedua di Asia Tenggara.

harga tiket gamuda gardens skyline luge kuala lumpur ticket price harga tiket

Taman aktiviti ini menampilkan jumlah trek sepanjang lebih 1.6 kilometer, terdiri daripada empat trek dengan tema berbeza, iaitu LegendaUltraGraviti dan Ekspres, yang setiap satunya menjangkau sehingga 650 meter. Ciri keunikan taman ini terletak pada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline, yang dihiasi lampu LED bergerak.

harga tiket gamuda gardens skyline luge kuala lumpur ticket price harga tiket

Night Luge pula, satu pengalaman unik dengan trek bermandikan warna-warni pada waktu malam. Skyline Luge adalah mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur, sekali gus menyediakan satu aktiviti ideal untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga.

harga tiket gamuda gardens skyline luge kuala lumpur ticket price harga tiket

Selain itu, tingkatkan pengalaman anda dengan helmet RFID bebas tangan, bagi merakam semua memori indah melalui foto dan video automatik ketika anda memecut di trek.

Harga Skyline Luge KL

PeneranganHarga
Five Luge Rides + SkyrideRM80.00
Four Luge Rides + SkyrideRM70.00
Three Luge Rides + SkyrideRM60.00
Two Luge Rides + SkyrideRM50.00
Child Doubling (Untuk kanak-kanak antara 85cm – 110 cm di bawah umur 6 tahun sahaja)RM25.00
Skyride Return (Jualan secara eksklusif di kaunter SAHAJA)RM20.00
*Tiket kombo hanya dipakai untuk kegunaan individu dan tidak boleh dipindah milik.

Terdapat had umur atau ketinggian untuk kanak-kanak yang ingin menunggang Luge secara solo. Pengunjung mesti sekurang-kurangnya 110cm tinggi untuk menunggang Luge secara bersendirian. Jika tidak, mereka dengan ketinggian 85cm – 110cm boleh berkongsi Luge dengan seorang dewasa. Bagi Skyride (chairlift), pengunjung yang melebihi 136cm boleh menaiki Skyride secara bersendirian, manakala penunggang antara 85cm – 135cm perlu ditemani orang dewasa.

Waktu Operasi Skyline Luge Kuala Lumpur

Waktu operasi rasmi adalah seperti berikut: 

HariWaktu Operasi
Khamis hingga SelasaDibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang
Jumaat, Sabtu, dan AhadDibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam
RabuTUTUP (kecuali pada cuti umum dan sekolah)

Selain menjadi tambahan penting kepada pembangunan Gamuda Gardens, Skyline Luge juga menjanjikan keriangan untuk semua, tidak kira para pencinta pengembaraan ataupun seisi keluarga. Dalam suasana meriah yang dikelilingi pelbagai tarikan Gamuda Luge Gardens, pengunjung bukan sahaja dapat mengalami keseronokan Luge yang memacu adrenalin, tetapi juga tarikan FunPark yang mesra keluarga, serta Big Bucket Splash, tarikan permainan air yang menyeronokkan. Ketiga-tiga tarikan hebat ini akan mengesahkan status Gamuda Luge Gardens sebagai satu destinasi terulung yang menyatukan pengembaraan, hiburan dan keseronokan yang tiada bandingan untuk semua peringkat umur.

harga tiket gamuda gardens skyline luge kuala lumpur ticket price harga tiket

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman Luge dan mencipta kenangan manis di Skyline Luge Kuala Lumpur bersama rakan dan keluarga tersayang! Jom dapatkan tiket anda secara dalam talian sekarang! Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini tentang Skyline Luge Kuala Lumpur!

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA