Kuala Lumpur, sebuah kota metropolitan, digelar sebagai hutan konkrit dek kerana banyaknya bangunan pencakar langit. Sedikit demi sedikit, warisan alam semakin terhakis.
Namun, sebuah pemaju pembangunan iaitu Sime Darby Property pula mengambil inisiatif lain apabila membuka taman ekologi seluas 53 ekar, KL East Park yang mengandungi hutan hujan sekunder yang tumbuh secara semulajadi dan spesies unik serta formasi geologi yang amat cantik.
Seronoknya ! Akhirnya, ada juga tarikan alam semulajadi dibuka di Kuala Lumpur, setelah dipenuhi dengan pembukaan kompleks membeli-belah baharu.
KL East Park
Haa, jadi jika anda seorang penggemar aktiviti mendaki, suka meneroka alam semulajadi dan sedikit lasak, anda boleh ke tarikan terbaru iaitu Hiking Trail di kawasan perbandaran KL East. Mungkin ramai familiar dengan KL East Mall dan Jibby East di kawasan ini.
Trek sepanjang 2 Kilometer merentasi 53 ekar kawasan hutan hujan sekunder. Bagaimanapun, buat masa ini hanya fasa 1 iaitu seluas 17 ekar sahaja dibuka.
Nanti, fasa seterusnya, trek ini akan bersambung ke Bukit Tabur serta Permatang Kuarza Klang Gates yang terkenal sebagai pembentukan kuarza yang terpanjang di dunia.
Bagi fasa 1 ini, trek cantik dan terjaga. Bahagian bawah memang cantik macam taman biasa. Bila dah start naik, baru rasa feeling hutan tu. Tapi secara keseluruhan, trek sesuai untuk golongan baru dan amatur.
Sampai di atas, anda boleh lihat pemandangan majestik sebahagian bandaraya Kuala Lumpur, termasuklah bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas dari ketinggian 242 meter dari aras laut.
Untuk ke sini, ia boleh diakses melalui Pembangunan perbandaran bersepadu bandar seluas 153 ekar berkenaan boleh diakses melalui pelbagai lebuh raya iaitu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Karak, Ekspres Duta-Ulu Kelang (DUKE), Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (AKLEH).
Masuk Percuma dari 7.00am - 6.30pm (last entry at 4.00pm) sehingga 31 Ogos 2023 ini. Tetapi, perlu daftar di https://klepark.simedarbyproperty.com .
Selepas itu bayaran akan dikenakan untuk memastikan pemuliharaan flora serta fauna jangka panjang taman itu.