Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka siap secara keseluruhannya pada 2025, khususnya bagi jajaran di Selangor.
Status kemajuan semasa pembinaan lebuh raya itu bagi tempoh masa berakhir 15 Januari 2023 adalah sebanyak 84.19 peratus.
Katanya, lebuh raya itu merentasi Selangor dan Perak sejauh 316 km dibina di sepanjang pesisiran pantai barat untuk kemudahan penduduk setempat dan pengguna lebuh raya ke utara.
Panjang jajaran lebuh raya yang dilaksanakan secara penswastaan oleh West Coast Expressway Sdn. Bhd. (WCESB) itu adalah 233 km manakala jajaran sepanjang 83 km dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan.
Pembukaan lebuh raya itu secara berperingkat telah bermula pada 2019 melibatkan Seksyen 5 di Selangor dari persimpangan Bandar Bukit Raja ke persimpangan Kapar serta Seksyen 8, 9 dan 10 di Perak, dari persimpangan Hutan Melintang ke persimpangan Teluk Intan dan dari persimpangan Kampung Lekir ke persimpangan Beruas