Ada satu kedai nasi ayam hailam, terkenal di Bukit Bintang kini ada juga cawangan lain di Jalan Klang Lama dan Glenmarie.
Ramai tahu restoran ini, agak legend juga. Tapi tak kurang ramai yang meragui status Halal restoran ini. Boleh makan ker tidak ?
Mengikut carian, Restoran Chee Meng mempunyai sijil Halal yang sah dan diiktiraf oleh JAKIM.
Selain itu, restoran Chee Meng juga dipromosikan oleh Islamic Tourism Centre (ITC) , sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni, & Kebudayaan Malaysia. Anda boleh baca disini.
Harap ini menjawab persoalan. Mungkin yang sebelum ini tak berani, boleh try hehe. Sedap juga nasi ayam sini. Baru-baru ini restoran mereka di Jalan Klang Lama berjaya mendapat tempat dalam senarai Michelin Bib Gourmand 2023.
Lihat senarai penuh disini