HalalXPlorer Logo
khairul aming tutup kilang bawa staff pergi bercuti
23 May 2023

Ramai Jealous ! Khairul Aming Tutup Kilang Untuk Bawa Pekerja Bercuti Ramai-Ramai.

Kongsikan:

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming atua nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman baru-baru ini membuat kejutan dengan membawa 60 orang pekerjanya bercuti dengan gaya mewah ke Pulau Langkawi.

https://www.instagram.com/reel/CsgSLwoAc_c/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Trip ini bukan biasa-biasa, kesemua kakitangan diberikan layanan istimewa termasuk penginapan di hotel Parkroyal Langkawi yang bertaraf lima bintang dan bersiar-siar menaiki kapal layar.

Tidak hanya itu, Khairul Aming turut memberikan wang belanja yntuk kakitangannya membeli-belah.

“Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama lima hari untuk bawa kesemua 60 staf bercuti di Langkawi.

“Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tengok sunset dan duit belanja untuk mereka shopping. Alhamdulillah semua staf happy,”

tulisnya di media sosial.

Menerusi video dikongsikan, kesemua staf diberi kebebasan melakukan aktiviti masing-masing pada hari pertama. Ada yang memilih bermain bola tampar pantai, menikmati keindahan laut di tepi pantai dan sebagainya.

Keesokannya, Khairul Aming memberikan kejutan kepada pekerjanya dengan menyediakan dua bot Private Yacht Cruise untuk staf lelaki dan perempuan secara berasingan.

Lebih happening, pelbagai aktviti boleh dilakukan di atas kapal layar berkenaan termasuk mandi di dalam tab jakuzi, mandi laut, menaiki jetski dan menikmati makanan yang disediakan.

Bukan sahaja prihatin, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman bermurah hati mengagihkan wang perbelanjaan kepada pekerja.

“Malam pula, kita sediakan duit poket untuk mereka shopping. Yang ni bebas, boleh keluar pergil shopping nak beli coklat ke beli apa, spend lah duit tu sampai habis,” katanya lagi.

Menerusi video yang dikongsikan jelas, jelas riak wajah kakitangannya sangat gembira dengan layanan yang diberikan oleh majikan.

Kegembiraan 60 pekerja Khairul Aming tak terhenti disitu, mereka turut dibawa melawati pelbagai kawasan menarik di sekeliling pulau itu.

Antaranya ialah berkunjung ke akuarium, melawati kawasan paya bakau, snorkelling, memberi makanan kepada burung helang, singgah di gua dan sebagainya.

Tidak ketinggalan aktiviti wajib berkunjung pulau itu iaitu menaiki kereta kabel dan menikmati panorama dari atas Gunung Mat Chinchang.

Aktiviti terakhir ialah makan malam di restoran di mana para pekerja diraikan dengan ‘makan-makan’ di sebuah restoran.

“Finally, kita reserve satu restoran dekat sana untuk diorang makan ramai-ramai dalam tu, enjoy masakan kampung.

“Alhamdulillah, kesemua 60 orang staf sangatlah happy,” katanya lagi.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA