Warung Dengan Menu 'Western' Sedap & Murah !
Di Malaysia ini, menu makanan barat sudah tidak asing lagi. Cuma, kita dah selalu fikir untuk dapatkan menu barat kita perlu ke restoran atau kafe yang agak mewah. Paling-paling tidak, di dalam bangunan kedai. Warung-warung pula biasanya menjual lauk-pauk tempatan dan makanan orang kampung. Selalunya begitu lah kan ?
Haaa, tapi jangan selalu menilai dari rupa. Kadang-kadang kalau kita pergi kafe hipster yang menghidangkan makanan mahal itu bukannya semua sedap pun.
Tetapi ada satu warung Nan&Co di Ara Damansara ini. Nampak jer macam warung biasa tepi jalan, tapi sebenarnya menghidangkan makanan barat yang sedap-sedap. Paling penting, murah. Bagi kami, inilah the real 'citarasa hotel,harga warung'.
Tengok gambar. Dari segi presentation, dan plating pun dah tahu memang sedap. Orang Ara Damansara dan sekitar dah lama tahu tempat ni tapi diorang senyap je.
Kiranya rasa dan presentation memang macam hotel. Tapi harga jer tak macam hotel. Kat hotel, bayar mahal dapat sikit. Kat sini, bayar murah, dapat banyak. Chicken chop 13 ringgit, fish n chip 13 ringgit bangggg. Spaghetti Aglio Olio pula dijual pada kadar harga RM8 sahaja !
Secara keseluruhan, menu-menu makanan disini dijual pada harga RM8 sehingga RM16 sahaja. Murah sangat !
Nan & Co juga membuat servis penghantaran makanan ke lokasi-lokasi berdekatan seperti Sungai Penchala, Damansara, Kota Damansara, Mutiara Damansara dan banyak lagi !
Lokasi
Nan & Co, 108, Jalan PJU 1a/5, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi
Isnin-Jumaat : 12PM-5PM
Status
Kepunyaan Muslim