Cameron Highlands, bila cakap je nama tempat ni mesti ramai terbayangkan bunga-bunga, strawberi, scone dan sayur-syuran.
Tapi tau tak sekarang ada satu lagi tempat yang menarik dekat Cameron Highlands iaitu kedai yang menjual pelbagai jenis coklat !
Dah banyak kali tanya orang ramai, apa dia tempat menarik di Cameron Highlands. Takde sorang pun cakap tempat ni padahal coklat kat sini murah-murah, standard harga bebas cukai macam di Langkawi !
Pilihan coklat import pun banyak. Takyah susah-susah nak pergi Langkawi, Pengkalan Kubor serta tempat-tempat bebas cukai yang lain.
Lepasni bolehlah kalau plan ke Cameron Highlands, singgah sini. Tempat pun senang cari, dekat Cameron Centrum di Brinchang.
Alamat
KEDAI ZNZ, C-2, Cameron Centrum, 51, Presint 1, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Waktu Operasi
9 AM hingga 11 PM Setiap Hari. Rehat Untuk Solat Jumaat 12:30 PM -2:30 PM