Sebelum ini pada Jun 2022, Perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya (MRT2) Fasa 1 MRT mula beroperasi dengan perkhidmatan antara stesen Kwasa Damansara dan Kampung Batu.
Kini, perkhidmatan MRTakan mula beroperasi sepenuhnya dan dibuka pada awam bermula jam 3 petang 16 Mac 2023.
Laluan perkhidmatan awam itu akan bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral adalah projek kedua MRT Lembah Klang yang akan memberi manfaat kepada dua juta pengguna dari Kwasa Damansara sehingga ke Putrajaya.
Keseluruhan Laluan Putrajaya akan merangkumi 57.7 km yang terdiri daripada 36 stesen bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.
Laluan ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir.
Kami melakukan sedikit kajian, dan pada pendapat kami ini adalah antara destinasi-destinasi menarik yang terletak berhampiran stesen-stesen MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 :
Bamboo Hills
Bamboo Hills adalah sebuah kawasan pembangunan berkeluasan 16 Ekar berdekatan stesen MRT Kentonmen yang membawa pengunjung seolah-olah keluar dari bandaraya Kuala Lumpur. Ia dikelilingi landskap menghijau, banyak daripadanya adalah pohon buluh sesuai dengan namanya sebagai Bamboo Hills.
Terdapat pelbagai outlet F&B dengan pelbagai konsep menarik di sini. Selain daripada menikmati makanan, ia adalah satu tempat yang cukup cantik untuk anda berehat, chill dan bergambar !
- Lokasi : Bamboo Hills
- Stesen MRT Berhampiran : Kentonmen
Sentul Park
Sentul Park ialah taman komuniti berpagar persendirian, yang dimiliki oleh syarikat YTL seluas 35 ekar berhampiran Jalan Ipoh di Kuala Lumpur.
Walaupun akses ke kebanyakan taman adalah terhad kepada penduduk blok kondominium bersebelahan, orang ramai dibenarkan memasuki bahagian yang berdekatan KLPAC / KL Performing Art Centre (Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur) di mana terdapat juga beberapa restoran dan pusat koi.
- Lokasi : Sentul Park
- Stesen MRT Berhampiran : Sentul Barat
Sentul Depot
Sentul Depot mendiami sebuah bangunan yang dahulunya merupakan salah satu bengkel kejuruteraan kereta api terbesar dan terbaik di dunia.
Ia kini telah dipulihkan dan merupakan ruang yang sesuai untuk pameran terbuka, festival, seni dan fesyen. Ia adalah tempat di mana sejarah, kreativiti dan komuniti bersilang.
Jadi anda tahu, jika selepas ini ada acara-acara, konsert dan sebagainya yang mendatang disini, anda hanya perlu menaiki MRT Laluan Putrajaya dan turut di stesen Sentul Barat. Anda akan tiba di Sentul Depot yang berwajah baharu !
- Lokasi : Sentul Depot
- Stesen MRT Berhampiran : Sentul Barat
Taman Tasik Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa mempunyai keluasan iaitu 46.13 hektar atau 114 ekar yang terletak 3 km dari pusat bandar. Kawasan ini merupakan kawasan yang semulajadi di mana terdapat kolam bekas lombong dan kawasan lapang yang kini di tanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok rendang.
Pada tahun 2019 taman ini telah dinaiktaraf sepenuhnya dengan menerapkan pelbagai elemen yang bersesuaian untuk warga kota datang beriadah. Paling menarik, disini juga ada 'wading pool' atau kawasan permainan air bagi kanak-kanak !
Taman ini juga menjadi ikon utama yang mesti dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara jika berada di Kuala Lumpur.
Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Titiwangsa juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk ‘outdoor shooting’ kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit.
Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Dua stesen MRT Laluan Putrajaya terletak berhampiran tarikan ini iaitu Stesen Hospital Kuala Lumpur dan juga Stesen Titiwangsa. Namun, Stesen Hospital Kuala Lumpur adalah stesen paling berhampiran dengan tarikan ini.
- Lokasi : Taman Tasik Titiwangsa
- Stesen MRT Berhampiran : Hospital Kuala Lumpur & Titiwangsa
Istana Budaya
Istana Budaya ialah teater utama Malaysia untuk persembahan seni dan teater dari dalam dan luar negara termasuk teater muzikal, opereta, opera, seni tari dan juga persembahan orkestra muzik klasikal dan konsert.
Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM210 juta yang mempunyai keluasan 5.44 hektar serta keluasan lantai 21,000 meter persegi. Istana Budaya boleh dibanggakan sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisme pentas yang tercanggih untuk pementasan teater.
Rekabentuk bangunan ini adalah bercirikan kebudayaan Melayu.
- Lokasi : Istana Budaya
- Stesen MRT Berhampiran : Hospital Kuala Lumpur
Balai Seni Visual Negara
Balai Seni Visual Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.
- Lokasi : Balai Seni Visual Negara
- Stesen MRT Berhampiran : Hospital Kuala Lumpur
Stadium Titiwangsa
Stadium Titiwangsa adalah merupakan salah satu stadium tertutup di Kuala Lumpur. Antara acara sukan yang diadakan di stadium ini antaranya adalah sepak takraw, badminton, futsal dan pelbagai lagi. Antara acara besar yang pernah berlangsung disini adalah acara sepak takraw bagi Sukan Sea Kuala Lumpur pada 2017.
Di sebelahnya terletak Kompleks Sukan Titiwangsa yang mempunyai fasiliti bagi squash, tennis, ping pong dan bola keranjang.
- Lokasi : Stadium Titiwangsa
- Stesen MRT Berhampiran : Hospital Kuala Lumpur
Ruma Puteh
Ruma Puteh adalah sebuah kafe berkonsepkan alam semula jadi, taman dan minimalis. Walaupun bahagian luaran serba putih dan dipenuhi tumbuhan, namun dekorasi dalaman dihiasi dengan indah menggunakan pelbagai tona warna menarik.
Ruma Puteh KL menjadi tempat makan pilihan ramai yang mahukan satu kelainan. Jika ada yang bertanya tentang tempat makan romantik atau instagrammable di KL, pasti ramai yang akan mencadangkan restoran ini.
Selain rasa makanan itu sendiri, ramai yang mencari tempat makan yang mempunyai persekitaran yang bersih, selesa dan cantik bagi menambah ‘feel’ makan itu sendiri.
- Lokasi : Ruma Puteh
- Stesen MRT Berhampiran : Hospital Kuala Lumpur
Perpustakaan Negara
Perpustakaan Negara Malaysia ialah agensi yang bertanggungjawab menyimpan koleksi khazanah ilmu di peringkat kebangsaan untuk generasi masa kini dan masa hadapan.
Bangunan Perpustakaan Negara mencerminkan identiti Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu yang melambangkan budaya Melayu.
Gabungan tiga bumbung yang berbentuk tengkolok bercantum di halaman 'Taman Ilmu' bagi melambangkan perpaduan masyarakat dan tiga matlamat utama Perpustakaan Negara. Susunan ubin bercorak songket berwarna biru untuk bumbung diilhamkan daripada warisan yang kaya.
Konsep 'minda' mempengaruhi reka bentuk seni bina dalaman. Suasana ruang terbuka luas menggalakkan pengguna melangkah masuk ke setiap ruang perpustakaan. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. 'Skylight' yang terdapat di puncak bumbung mengilhamkan pencapaian ilmu yang luas. Ruang menegak yang luas terbentuk diantara lima tiang atrium.
Beberapa aras yang menempatkan pelbagai bahagian dan kemudahan perpustakaan dihubungkan dengan tangga yang menarik.
Setiap aras tersusun kemas, menempatkan rangkaian perkhidmatan, koleksi dan maklumat di perpustakaan. Reka bentuk bangunan ini juga mengambil kira kemudahan untuk orang cacat.
Keluasan ruang lantai bangunan seluas 22,073 meter persegi mampu menampung :
- 1 juta bahan perpustakaan
- 1,000 tempat duduk pembaca
- Auditorium untuk 367 orang
- Teater kanak-kanak untuk 150 orang
- Dewan Pameran seluas 421 meter persegi
Antara koleksi yang terdapat di Pesputakaan Negara adalah seperti berikut:
- Koleksi Malaysiana (Cth: Koleksi Fana, Koleksi Peribadi, dsb)
- Koleksi Luar Negara (Cth: Koleksi ASEAN, Koleksi United Nations & Koleksi Harvard)
- Koleksi Manuskrip Melayu
- Koleksi Bahan Nadir
- Koleksi Terbitan Bersiri (Cth: koleksi akhbar, majalah, jurnal, dsb)
- Koleksi media elektronik
- Pangkalan data atas talian.
- Lokasi : Perpustakaan Negara
- Stesen MRT Berhampiran : Raja Uda
The Linc KL
The Linc KL, pusat membeli-belah berinspirasikan alam semula jadi di antara persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang yang mula dibuka pada November 2018.
Pusat beli-belah dua tingkat itu mempunyai keluasan bersih yang boleh disewakan seluas 133,085 kaki persegi dan direka bentuk untuk mengekalkan tujuh pokok besar yang sedia ada di tapak seluas 3.67 ekar.
- Lokasi : The Linc KL
- Stesen MRT Berhampiran : Ampang Park
Taman KLCC
Taman KLCC yang memiliki hampir 2,000 pokok matang dari 66 spesis palma merupakan sebuah taman di tengah bandar dengan pelbagai kemudahan rekreasi yang memenuhi kehidupan sosial masyarakat di ibu kota.
Siapa sangka dengan kawasan taman buatan manusia seluas 20 hektar ini turut menarik pelbagai spesis burung yang masih mampu berkicau meskipun berada di tengah-tengah kepesatan pembangunan pencakar langit, khususnya ikon mercu tanda kebanggaan negara, Menara Berkembar PETRONAS KLCC.
Selain memiliki laluan berjoging yang selesa sejauh 1.3 kilometer (km), Taman KLCC juga menjadi antara tarikan ibu bapa membawa anak-anak kecil kerana adanya kolam mandi. Bermula jam 10 pagi, kolam ini dibuka kepada umum khususnya untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Air terjun dengan ketinggian tiga meter dan lebih 10 meter panjang menjadi tarikan kanak-kanak yang girang bermandi-manda di bawahnya dengan berlatar belakangkan menara berkembang tertinggi di dunia itu.
Selain kolam mandi, tarikan utama lain buat kanak-kanak adalah taman permainannya yang cukup luas dikhususkan hanya untuk kanak-kanak.
Mereka boleh memanjat, bergayut, menggelungsur, melompat dengan yakin memandangkan segala peralatan mengutamakan ciri-ciri keselamatan di mana lantainya dipasang dengan getah dari bahan EPDM (campuran bahan getah polimer, etilena, propilena dan diololin) yang mengelak dari kecederaan serius apabila jatuh dalam keadaan terhempas.
Turut terdapat jambatan sepanjang 43 meter yang melintasi tasik dan menjadi lokasi terbaik untuk bergambar berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.
Pada waktu malam, anda boleh melihat pertunjukan pancuran air muzikal setinggi 42 meter yang lengkap dengan pencahayaan menarik di kolam buatan Lake Symphony dengan keluasan 10,000 meter persegi di hadapan Menara Berkembar Petronas.
- Lokasi : Taman KLCC
- Stesen MRT Berhampiran : Persiaran KLCC
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan destinasi persinggahan pelancongan berkonsepkan ikonik seni yang terletak di tengah pusat bandar. Pusat kraf setempat ini menawarkan produk yang berkaitan dengan pelancongan seperti produk berteraskan seni dan kraf, untuk pengunjung tempatan dan luar negeri. Kompleks yang bercirikan seni bina Melayu Terengganu ini menghimpunkan produk-produk kraf tangan tradisi dan moden kontemporari dari seluruh pelusuk negara.
Kompleks Kraf yang mengetengahkan panorama desa dengan landskap, membezakan bangunan ini daripada pusat beli-belah berprestij di sekitar Kuala Lumpur. Ianya berteraskan empat konsep iaitu pendidikan, pemasaran pembudayaan dan penginapan. Mengunjungi Kompleks Kraf umpama menerokai kehidupan masyarakat Malaysia yang penuh dengan kegemilangan seni kraf turun-temurun.
- Lokasi : Taman KLCC
- Stesen MRT Berhampiran : Conlay
Tun Razak Exchange (TRX)
Tun Razak Exchange adalah kawasan pembangunan baharu berkeluasan 70 Ekar yang dijangka akan menjadi pusat bandar baharu bagi Kuala Lumpur.
Antara tarikan utama kawasan pembangunan ini adalah The Exchange 106 yang merupakan pencakar langit yang ke-2 tertinggi di Malaysia selepas bangunan PNB Merdeka 118. Bangunan ini mempunyai 106 tingkat dan mencapai ketinggian 492 meter.
Satu lagi tarikan adalah sebuah kompleks membeli-belah mewah The Exchange TRX. Kompleks membeli-belah ini bakal mempunyai taman di atas bumbung seluas 10 ekar yang menempatkan 150,000 pohon terdiri daripada 150 spesis.
Antara penyewa utama di The Exchange TRX adalah Apple yang akan membuka Apple Store pertama di Malaysia, Seibu dari Jepun dan pelbagai lagi !
- Lokasi : Tun Razak Exchange
- Stesen MRT Berhampiran : Tun Razak Exchange
Farm In The City
Farm In The City ialah konsep baharu yang unik yang menggabungkan unsur hidupan liar dan alam semula jadi dalam persekitaran yang direka bentuk taman pemuliharaan.
Berdasarkan nilai-nilai penduduk berbilang kaum dan budaya Malaysia, kawasan ini direka bentuk untuk menyerupai persekitaran perkampungan atau "kampung" biasa di Malaysia.
Ia merupakan pusat tumpuan pelancongan di Selangor dengan memberikan gambaran yang mendidik dan menghiburkan tentang gaya hidup dan persekitaran kampung, ladang dan dusun buah-buahan Malaysia dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liarnya.
Let's see where the twins, Fahrinna & Fahrish take us today! ???? Meet your favourite animals at Farm In The City via MRT Putra Permai soon! #JOMNAIKMRT pic.twitter.com/MkxISvkHWI— MRT Corp (@MRTMalaysia) March 4, 2023
Farm In The City adalah lebih daripada pameran tontonan. Ia menggalakkan interaksi pelawat dengan haiwan dan hidupan tumbuhan dalam persekitaran yang selesa lagi tulen. Mereka juga amat mementingkan pendidikan pelawat tentang pelbagai aspek kehidupan ladang dan haiwan serta pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar.
- Lokasi : Farm In The City
- Stesen MRT Berhampiran : Putra Permai
DAPATKAN TIKET FARM IN THE CITY DISINI
DAPATKAN TIKET FARM IN THE CITY DISINI
DAPATKAN TIKET FARM IN THE CITY DISINI
Putrajaya
Putrajaya merupakan satu bandar terancang, 25 km selatan Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Malaysia.
Terdapat pelbagai tarikan yang anda boleh lawati sekitar bandar pintar ini seperti Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra, Tangga Putrajaya, Taman Putra Perdana, Taman Wawasan, Taman Saujana Hijau, Taman Warisan Pertanian, Chocolate Souq, Cruise Tasik dan pelbagai lagi !
- Lokasi : Farm In The City
- Stesen MRT Berhampiran : Putrajaya Sentral
Jika anda kurang mahir menggunakan pengangkutan awam di Lembah Klang dan perlukan panduan, klik disini