Mulai 25 September sehingga 8 Oktober 2020 jalur pendakian ke puncak Gunung Kinabalu terpaksa ditutup sementara seperti yang dimaklumkan dilaman Facebook Mount Kinabalu.
Penutupan ini dibuat selepas didapati seorang pendaki dari Tawau yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 didapati positif.
Tempoh penutupan ini membolehkan pihak Kompleks Taman Kinabalu melakukan proses sanitasi dan nyahkuman secara menyeluruh ke atas kemudahan serta fasiliti pelancongan di sepanjang laluan pendakian.
Ujian saringan ke atas kontak rapat pendaki yang terdiri daripada malim gunung, pendaki awam dan staf taman serta syarikat swasta yang terbabit sedang dilakukan.
Pihak mereka turut mengumumkan sedang menghubungi para pelancong yang terkesan dengan penutupan sementara Gunung Kinabalu dalam menawarkan altenatif lain dan pada mereka yang membuat tempahan pada tempoh berkenaan diminta untuk menghubungi mereka.