HalalXPlorer Logo
cara solat dalam kenderaan ketika travel
20 June 2023

Tips Solat Dalam Kenderaan Ketika Travel !

Kongsikan:

Dalam pengembaraan biasa terdapat kepayahan atau kesuntukkan masa menunaikan solat , tetapi sembahyang tidak boleh diqada' kecuali terlupa atau tertidur .

Kadang-kadang kita di dalam kenderaan sama ada kapal terbang, bas, keretapi atau bot mengambil waktu yang panjang.

Di sini kami hendak menerangkan bagaimana berwuduk dan menunaikan sembahyang. Jika anda di dalam kapal terbang contohnya 7 jam. Pastinya anda telah terlepas solat jama' sama ada taqdim atau takhir.

Wuduk:

Gunakan air meneral jika anda tidak ada botol spray untuk diisi air . Cari seat kosong yang tidak ada orangg sebelah kita .. kalau anda tidak kisah teruskan saja berwuduk . Tuangkan sedikit air di kelopak tangan anda lebih kurang 1 1/2 atau 2 tudung botol mineral. Terus sapu muka anda beserta niat . Sapu, jangan angkat tangan anda sampai anda yakin sudah kena semua muka anda. Sekali cukup sekadar rukun wuduk.

Seterusnya begitu juga tangan.. sampai anda yakin kawasan wajib kena air semua sudah kena. Jangan diangkat tangan selagi belum kena, itu penting. Jika diangkat tidak dikira sekali, perlu sekali lagi, begitu juga kepala dan kaki. Setiap rukun sekali sudah cukup. Yang wajib ja.

Jika bas berhenti mana mana hentian terus ambik wuduk sekali. lebih senang bagi anda jika boleh kekalkan sampai masuk waktu.

Cara berdiri sembahyang:

Duduk di kerusi seperti biasa, dalam kapal terbang anda boleh tanya petugas mana arah kiblat . Bila dah tahu arah, sama ada anda perlu pusingkan dada ke kiri atau ke kanan. Mula mula takbir anda perlu ikut arah qiblat tadi dan selepas itu betulkan duduk anda terus sembahyang cara duduk dalam kenderaan .

Jika dalam bas atau keretapi begitu juga sembahyang tapi arah qiblat mungkin susah anda nak pastikan . Guna aplikasi qiblat dari telefon bimbit. mark atau save arah mekah .

image 17

Pandai pandailah anda dimana perlu wuduk. Pastikan ada air mineral jika dalam perjalanan yang jauh menggunakan bas atau keretapi . Itu penting .

image 18

Mana yg bertolak sebelum waktu mungkin sejam atau 2 jam sampai waktu boleh berwuduk dulu sebelum bertolak .

Satu lagi jangan tunggu peluang yang ada kiranya andai boleh tunai pada masa tersebut . Maksudnya jangan tunggu jamak ta'khir. Rebut masa yang ada. Kadang bila sampai waktu jamak ta'khir kita tak ada masa pulak. terlepas nanti.

Wallahua'lam.

Perkongsian asal : Anuar Abdullah

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA