HalalXPlorer Logo
tips muslimah berfesyen ketika travel
22 August 2023

Travel Dengan Penuh Bergaya! Ini 5 Tips Agar Kekal Patuh Syariah Saat Travel !

Kongsikan:

Siapa kata bila Muslimah menutup aurat dengan sempurna, mereka perlu terlalu rigid dan mempunyai limitasi dalam berfesyen? Persepsi ini dah tak boleh pakai di zaman moden ini. Banyak cara untuk kekal bergaya di waktu aurat masih tertutup sempurna. Ini dia lima tips untuk sis travel dengan penuh bergaya, dalam masa yang sama masih mematuhi syariah yang digagaskan oleh Islam !

Minimalis Hijab

Bila travel ni, mesti banyak masa yang akan digunakan untuk melawat tempat-tempat yang menarik, jadi untuk tidak membuang masa, semata-mata demi menatarias gaya, andadisarankan untuk menggayakan stail hijab yang ringkas, minimalis tetapi kekal stailo, kerana gaya hijab yang rumit akan mengambil masa yang agak lama untuk digayakan, antara gaya hijab ringkas yang boleh dijadikan contoh adalah gaya berhijab seperti personaliti televisyen Hawa Rizwana ni!

Pakaian ringkas serba hitam tanpa tona caca merba, namun masih dapat menghasilkan rupa yang elegan !

Travel Dengan Penuh Bergaya! Ikuti Lima Tips Agar Hijabi Kekal Patuh Syariah
Sumber gambar: Instagram Hawa Rizwana

Kaca Mata Hitam Pelengkap Gaya

Bila pergi travel salah satu item yang WAJIB ada untuk membuatkan gaya anda ekstra stailo adalah kaca mata hitam ataupun shades, kerana aksesori ini boleh menjadi pelengkap gaya dan secara tidak langsung sangat berguna ketika berdepan terik mentari semasa travel ! Tetapi pemakaian kaca mata ini perlulah bijak digayakan agar bersesuaian dengan stail hijab anda, pemilihan kaca mata yang tepat mampu menambah pesona elegan kepada si pemakainya.

Baju Longgar Dan Patuh Syariah

Selain itu, aspek yang paling penting untuk dititikberatkan ketika travel adalah pakaian, anda disarankan untuk memilih pakaian yang sesuai bagi semua cuaca dan keadaan, jangan memilih pakaian yang terlalu tebal atau elakkan pakaian berwarna hitam, sekiranya melawat negara yang beriklim tropika dan panas kerana pakaian dalam rona warna gelap seperti ini lazimnya menyerap haba yang lebih.

Malah, sis boleh mengayakan baju yang lebih longgar seperti boyfriend shirt, atau baggy shirt kerana selalunya bahan yang digunakan untuk membuat pakaian jenis ini diperbuat daripada kapas dan mampu menyerap peluh, ia sekaligus memudahkan pergerakan agar percutian anda berjalan lebih lancar dan yang paling best, masih mematuhi syariah tau!

Seluar Sesuai Untuk Pelbagai Gaya

Ketika travel juga anda dinasihatkan untuk membawa seluar yang mudah untuk melengkapi pelbagai gaya, contohnya seperti seluar Jeans atau Denim kerana seluar jenis ini mudah dipadankan dengan pelbagai jenis top, blouse atau baju yang ingin anda gayakan. Malah, seluar berpotongan besar dan longgar seperti palazzo juga mampu memberikan gaya santai untuk dibawa travel ke pulau mahupun di tepi pantai peranginan, disamping menjanjikan keselesaan yang maksima untuk pemakainya.

Travel Dengan Penuh Bergaya! Ikuti Lima Tips Agar Hijabi Kekal Patuh Syariah
Sumber gambar: Instagram Ameera Zaini

Kasut Yang Selesa

Pelengkap gaya yang terakhir ketika travel adalah pemilihan kasut yang selesa dan bersesuaian, kerana sudah pastinya sis akan banyak berjalan-jalan untuk melawati tempat-tempat menarik bersama sahabat dan keluarga, jadi pemilihan kasut yang tepat amatlah penting kerana ia akan membawa anda ke tempat yang anda inginkan!

Jadi pilihlah kasut yang memiliki tapak rata contohnya seperti kasut sarung, Sport Shoes atau Sandal, khususnya jika sis merupakan individu yang kuat berjalan kerana ia dapat mengurangkan sakit kaki sewaktu melancong. Tetapi sekiranya sis melawati negara yang beriklim sejuk, kasut jenis Boots merupakan pilihan yang tepat sebagai pelengkap gaya!

Bagaimanapun, tak kisahlah, di mana jua destinasi pilihan hijabi untuk travel dan melancong bagi menghabiskan masa lapang, yang paling penting adalah untuk menjaga aurat seorang muslim sebagaimana yang telah dianjurkan dalam syariat Islam, tutup aurat pun masih boleh bergaya mengikut trend dan fesyen semasa.

Cuma pemilihan pakaian atau barangan untuk diperagakan perlulah bersesuaian dan kena pada tempatnya. Fesyen itu luas! Jadi jangan ragu dan kekal yakin dengan diri sendiri sebagai seorang Muslimah, confidence is the best outfit a woman can wear!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA