Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mengeluarkan surat tawaran bagi menunaikan ibadah haji tahun 2025/1446 Hijrah bermula Isnin , 16 disember 2024
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, memaklumkan bahawa surat tersebut akan dikeluarkan selepas majlis pengumuman kos, bayaran, dan bantuan kewangan haji 1446H.
“Sekitar jam 12 tengah hari selepas pengumuman dibuat, surat tawaran akan diberikan kepada jemaah yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada 2025. Mereka boleh menyemak maklumat tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan program Iqra’ TH IPTA kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.