HalalXPlorer Logo
ikan bakar kajang
10 October 2024

Noriwan Corner: Port Ikan Bakar dan Sotong Celup Tepung yang Murah Gila di Kajang!

Kongsikan:

Kalau korang tengah cari tempat makan seafood yang murah tapi puas hati, Noriwan Corner kat Kajang memang tempatnya! Bayangkan sotong celup tepung dan ikan bakar kat sini, harga cuma RM15 satu pinggan. Memang terkejut habis, sebab selama ni ingat kat Besut je murah, rupanya kat Kajang pun ada port seafood yang padu macam ni.

noriwan corner
Kredit : Botak Makan

Mula-mula ingat harga dia ikut 100 gram, tapi sebenarnya harga tu untuk sepinggan terus! Tak cukup dengan sotong je, ikan-ikan bakar kat sini pun berbaloi gila. Ikan pari bakar tebal, sotong celup tepung guna seekor setengah kalau besar, dan kalau kecil siap bagi 4 ekor terus. Tepungnya rangup tak boleh bawa bincang, krup krap habis!

Noriwan Corner: Port Ikan Bakar dan Sotong Celup Tepung yang Murah Gila di Kajang!
Kredit : jalan-jalan cuti santai

Antara menu seafood yang boleh korang cuba:

  • Siakap Bakar – RM25/pinggan
  • Bawal Bakar – RM18/pinggan
  • Tilapia Bakar – RM15/pinggan
  • Pari Bakar – RM15/pinggan
  • Kembong Bakar – RM10/pinggan
  • Cencaru Bakar – RM10/pinggan
  • Sotong Celup Tepung – RM15/pinggan
  • Udang Celup Tepung – RM15/pinggan
  • Sotong Bakar – RM15/pinggan
  • Udang Bakar – RM15/pinggan
Noriwan Corner: Port Ikan Bakar dan Sotong Celup Tepung yang Murah Gila di Kajang!
Kredit : Botak Makan

Lagi best, kat sini ada sate jugak! Kuah sate pekat padu, dan ada sate tembusu yang memang susah nak jumpa kat tempat lain. Perapan dia memang sedap dan sate lembut tak berbau.

Noriwan Corner: Port Ikan Bakar dan Sotong Celup Tepung yang Murah Gila di Kajang!

Harga sate kat sini:

  • Ayam – RM1.10
  • Daging – RM1.30
  • Kambing – RM1.90
  • Tembusu – RM1.70
  • Babat – RM1.20
  • Nasi impit – RM0.50

Noriwan Corner terletak di Jalan Jenaris 1, Taman Jenaris, 43000 Kajang, Selangor.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, Rabu dan Khamis pertengahan bulan, dari jam 4 petang hingga 11 malam.

Kalau korang kaki seafood, memang wajib singgah sini!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA