Homestay merupakan pilihan penginapan yang semakin popular di kalangan pelancong, terutama bagi mereka yang ingin menikmati suasana yang lebih peribadi dan damai. Berbeza dengan hotel atau resort yang lebih formal, homestay menawarkan pengalaman yang lebih dekat dengan kehidupan tempatan, dan menawarkan harga yang lebih murah.
Namun, baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman menakutkan apabila homestay yang dipilihnya untuk bermalam berubah menjadi mimpi ngeri.
Pengalaman buruk itu dimuatnaik di platform TikTok oleh mangsa sendiri . Wanita tersebut keluar bercuti bersama keluarga ke Kota Bharu, Kelantan. Dia tiba di homestay agak lewat kerana kesesakan jalan yang melampau.
Setelah tiba, mangsa ingin menyegarkan diri dan pergi ke tandas untuk buang air kecil dan mandi. Namun, sebaik sahaja dia masuk ke dalam tandas, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Gambar yang dimuatnaik menunjukkan sebuah telefon sedang cuba merakam gambar atau video mangsa melalui lubang tingkap tandas. Terkejut dengan kejadian itu, mangsa segera menghubungi abangnya untuk memberitahu apa yang telah berlaku.
Mangsa juga mendedahkan nama homestay tersebut. Sehingga kini, laporan polis masih belum dibuat. Bagi anda yang sering bercuti, disarankan untuk memeriksa keadaan homestay atau bilik hotel yang telah ditempah terlebih dahulu.