Yas Island Bakal Jadi Port Baru Kaki Travel !
Kalau korang ingat Disneyland tu hanya ada kat Paris, Tokyo, atau LA… think again! Abu Dhabi baru je umumkan satu berita yang confirm buat kaki travel especially geng Disney Lovers excited tak ingat dunia — Disneyland bakal dibuka kat Yas Island, UAE!

Yes, betul tu — The Walt Disney Company dan Miral (syarikat gergasi pelancongan kat Abu Dhabi) tengah collaborate untuk bina satu lagi resort dan taman tema Disney yang confirm lain macam punya gempak. Dan ini bukan Disneyland biasa-biasa guys. Diorang nak combine elemen klasik Disney dengan vibe moden dan budaya Timur Tengah yang penuh glam dan class. Imagine Mickey Mouse tengah posing depan bangunan futuristik Abu Dhabi dengan latar belakang laut biru!

Disneyland Ke-7 Di Dunia
Ini akan jadi Disney theme park resort ke-7 kat dunia — lepas yang kat US, Tokyo, Paris, Shanghai dan Hong Kong. Tapi yang ini special sikit sebab terletak kat Yas Island, lokasi yang memang dah femes dengan Ferrari World, Warner Bros World, SeaWorld dan banyak lagi. Abu Dhabi ni dah macam theme park city terus.

Dan yang lagi menarik, lokasi ni strategik gila. Terletak dalam radius 4 jam flight untuk 1/3 penduduk dunia. So tak pelik kalau nanti jadi hotspot baru untuk pelancong dari Asia, Afrika, India sampai ke Eropah.
Disneyland Abu Dhabi – Gaya Arab, Jiwa Disney
CEO Disney, Robert Iger, cakap Disneyland Abu Dhabi ni akan jadi authentically Disney, distinctly Emirati. Korang akan jumpa semua karakter favourite korang — dari Elsa sampai Iron Man — tapi dalam suasana yang bercirikan seni bina dan budaya Abu Dhabi. Dengan teknologi canggih dan konsep ‘immersive’, tempat ni bakal jadi next level punya experience.
Taman tema ni bukan je akan ada ride dan attraction, tapi juga resort eksklusif, restoran tematik, shopping zone dan macam-macam lagi. Confirm akan jadi antara destinasi paling advanced dalam rangkaian Disney.
Miral – Otak Di Sebalik Projek Gila Ni
Kalau korang pernah dengar pasal Ferrari World dan Warner Bros World kat Yas Island, semua tu hasil kerja Miral. Diorang memang power bab bangunkan destinasi hiburan world-class. Untuk projek Disneyland ni, Miral akan develop semua infrastruktur, manakala Disney sendiri akan lead bab rekaan dan operation supaya pengalaman tu truly Disney standard.
Bila Akan Siap?
Buat masa ni, belum ada tarikh rasmi bila Disneyland Abu Dhabi ni akan buka, tapi confirm projek ni akan makan beberapa tahun. Sementara tu, korang boleh mula plan itinerary awal-awal. Siap-siap renew passport, simpan duit dan standby camera korang!
Quick Yas Island Travel Tips (Untuk yang tak sabar):
- Jarak: Lebih kurang 20 minit dari pusat bandar Abu Dhabi, dan 50 minit dari Dubai.
- Tarikan lain: Ferrari World, Yas Waterworld, Warner Bros World, CLYMB Abu Dhabi, Yas Marina Circuit (F1 guys!), Yas Mall.
- Hotel best: W Abu Dhabi, The WB Hotel (hotel bertema Warner Bros pertama dunia), Hilton Abu Dhabi Yas Island.
So geng travel semua, Disneyland Abu Dhabi bakal jadi satu destinasi yang wajib masuk bucket list korang. Sambil layan roller coaster, boleh juga explore budaya Arab moden yang classy habis. Korang excited tak nak fly ke Abu Dhabi bila Disneyland ni siap nanti?