Menara Kuala Lumpur, antara mercu tanda paling ikonik di ibu kota, kini kembali dibuka kepada orang ramai bermula 26 April 2025 dengan pengurusan baharu di bawah LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM). Dengan nafas baharu ini, beberapa penambahbaikan turut diumumkan termasuk struktur harga tiket yang telah dikemaskini — lebih jimat untuk rakyat Malaysia dan sedikit perubahan untuk pelancong antarabangsa.
Bagi yang merancang untuk berkunjung dalam masa terdekat, berikut adalah senarai harga tiket terkini Menara KL untuk dua tarikan utama iaitu Sky Deck dan Observation Deck, KEMASKINI Mei 2025:
Harga Tiket Menara Kuala Lumpur (Kemaskini Mei 2025)
Tarikan | Warganegara (Dewasa) | Warganegara (Kanak-kanak – MyKid) | Pelancong Antarabangsa (Dewasa) | Pelancong Antarabangsa (Kanak-kanak) |
---|---|---|---|---|
Sky Deck | RM50 | RM28 | RM140 | RM80 |
Observation Deck | RM30 | RM20 | RM80 | RM50 |
Nota Penting:
- Warganegara perlu menunjukkan MyKad atau MyKid semasa pembelian tiket untuk menikmati harga istimewa.
- Semua harga adalah untuk akses satu kali masuk.
- Tarikan lain seperti Orbit Revolving Dining dan Hemisfera Luxury Sky Hall juga kembali dibuka dan boleh ditempah secara berasingan.
Dengan pemandangan 360 darjah yang memukau dari atas menara setinggi 421 meter ini, ia adalah antara spot wajib singgah kalau datang ke KL – sama ada untuk bergambar, menjamu selera di restoran berputar, atau sekadar menikmati panorama bandaraya dari aras tinggi.
Jadi kalau korang bercadang nak bawa keluarga, atau nak layan view KL waktu sunset, bolehlah plan lawatan ke Menara KL dengan harga tiket terbaru ni.
- Malaysia Airlines & AirAsia Dah 'Update' Peraturan Nama Penumpang, Ini Yang Anda Perlu Tahu !
- Kerajaan Nak Tambah Program Subsidi Tiket Pengangkutan Darat Untuk Student !
- Raikan Hari Muzium Antarabangsa: 19 Muzium di Malaysia Dibuka Percuma pada 18 Mei 2025
- Ini Dia Senarai 19 Muzium Yang Anda Boleh Lawati Percuma 18 Mei Ini !
- Changi Airport T5 : Terminal Mega Baru Singapura Yang Bakal Ubah Wajah Dunia Penerbangan
Untuk maklumat lanjut, promosi semasa atau tempahan awal, korang boleh terus ke laman rasmi www.menarakl.com.my atau follow saluran rasmi mereka di media sosial.
I really like reading through a post that can make men and women think. Also, thank you for allowing me to comment!