HalalXPlorer Logo
lavender bakery alcohol
03 June 2025

"Kami Tiada Sijil Halal JAKIM, Dan Tidak Pernah Dakwa Mempunyai Sijil Halal" - Lavender Bakery Jawab Isu Kek Mengandungi Alkohol

Kongsikan:

Lavender Bakery akhirnya tampil memberikan penjelasan rasmi mengenai status pensijilan Halal mereka — satu isu yang tengah hangat diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini.

"Kami Tiada Sijil Halal JAKIM, Dan Tidak Pernah Dakwa Mempunyai Sijil Halal" - Lavender Bakery Jawab Isu Kek Mengandungi Alkohol

Kisahnya, tular di media sosial memaparkan komen-komen netizen yang mengatakan bahawa produk di Lavender Bakery mengandungi alkohol.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di platform rasmi mereka, Lavender mengakui bahawa mereka tidak memiliki pensijilan Halal dan tidak pernah mendakwa bahawa mereka adalah premis yang disahkan Halal. Namun, mereka menegaskan bahawa bahan-bahan seperti mentega, minyak, keju dan sosej yang digunakan semuanya datang daripada pembekal yang mempunyai sijil Halal.

"Kami Tiada Sijil Halal JAKIM, Dan Tidak Pernah Dakwa Mempunyai Sijil Halal" - Lavender Bakery Jawab Isu Kek Mengandungi Alkohol

Isu alkohol juga turut disentuh dalam kenyataan itu. Lavender menyatakan bahawa produk bakeri mereka tidak mengandungi alkohol dan mereka beroperasi di bawah polisi tegas "No Pork, No Lard, No Alcohol". Mereka juga menyatakan sebarang dakwaan yang mengatakan sebaliknya adalah tidak tepat.

image

Selain itu, Lavender juga memegang pensijilan HACCP, satu standard antarabangsa yang memberi fokus kepada keselamatan makanan dan kebersihan dalam operasi harian mereka. Ini bagi menunjukkan komitmen mereka dalam mengekalkan piawaian keselamatan makanan yang tinggi.

Mereka turut menyatakan keterbukaan untuk mempertimbangkan cadangan orang ramai agar memohon pensijilan Halal secara rasmi melalui JAKIM. Lavender berterima kasih atas sokongan dan kefahaman pelanggan yang berterusan, sambil menyatakan bahawa mereka akan meneliti cadangan ini demi memperbaiki perkhidmatan dan membina kepercayaan pelanggan.

Secara ringkas, Lavender mungkin belum ada logo Halal JAKIM, tapi mereka cuba yakinkan pelanggan bahawa produk mereka mematuhi standard tertentu — walaupun itu belum cukup untuk memuaskan semua pihak. Bagi sesetengah pelanggan seperti kami , logo Halal rasmi tetap menjadi penentu utama.

Dah lama meniaga, kalau tak ada apa masalah, tiada bahan meragukan, kenapa tak apply sijil halal ? Setel masalah !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA