HalalXPlorer Logo
tiong king sing gps sarawak
08 January 2025

Menteri Pelancongan Jawab Isu Tiada Masjid Dalam Video Tahun Melawat Malaysia 2026

Kongsikan:

“Jangan Politikkan, Masjid Akan Ada Dalam Video Penuh”

Selepas dikecam kerana dikatakan ‘terlupa’ masukkan elemen masjid dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, tampil beri penjelasan yang agak ‘straight to the point’.

tiong king sing sarawak PDP

Menurut beliau, video montaj berdurasi 41 saat yang tular dan dikritik itu hanyalah video pelancaran ringkas, bukan video rasmi penuh yang bakal digunakan sepanjang kempen.

“Malaysia ni bukan ada satu elemen je. Kita ada pelbagai keunikan – dari seni bina masjid, budaya etnik, sampai ke tarian tradisional seperti ngajat dan sumazau. Semua tu akan dimasukkan dalam video promosi penuh nanti,” jelas beliau.

King Sing berkata, video promosi lengkap yang lebih terperinci sedang dalam proses akhir dan akan dikeluarkan tak lama lagi. Katanya, dalam versi penuh nanti, elemen seni bina masjid yang menjadi kebanggaan negara pasti akan ditampilkan – seiring dengan elemen lain yang mencerminkan kebudayaan, keharmonian dan perpaduan Malaysia.

"Jangan Jadikan Isu Ini Bahan Perpecahan"

Beliau turut kesal dengan sesetengah pihak, termasuk ahli politik, yang mengambil kesempatan memutarbelitkan video pendek itu sebagai bahan politik dan sentimen perkauman.

“Tujuan utama video ni adalah untuk promosi pelancongan, bukan untuk main isu agama. Tapi ada pihak yang sengaja nak cucuk dan cipta ketegangan. Ini bukan semangat Malaysia Madani yang kita perjuangkan,” tegasnya.

King Sing turut menyifatkan pihak yang menyerang usaha kementerian sebagai ekstremis yang mengancam keharmonian sosial. Beliau menggesa semua pihak untuk berhenti menunggang isu ini demi kepentingan politik atau peribadi.

Fokus Sebenar: Promosi Malaysia, Bukan Pecah-Belah Rakyat

Dalam kenyataan itu juga, beliau menegaskan bahawa matlamat sebenar kempen TMM 2026 adalah untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa, selain membantu menjana semula ekonomi negara melalui sektor pelancongan, seni dan budaya.

“Malaysia ni negara majmuk. Kita kena tonjolkan inklusiviti dan perpaduan. Jangan biarkan isu remeh jadi punca ketegangan dan rosakkan imej negara,” katanya.

Seruan Terakhir Menteri

Sebagai penutup, King Sing minta semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama, supaya tidak terus menghangatkan isu ni sebagai polemik agama atau kaum. Katanya, lebih baik kita fokus pada mempromosikan keunikan Malaysia dan memastikan TMM 2026 berjalan lancar demi manfaat semua.

“Jangan biar benda kecil ni ganggu usaha besar yang sedang dibina. Kita ada peluang untuk angkat nama Malaysia di mata dunia – jangan sia-siakan.”

Video lengkap bakal dilancarkan tak lama lagi. Sama-sama kita tengok nanti – dan nilai dengan adil.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA