HalalXPlorer Logo
tips jaga pasport malaysia
09 April 2025

Pasport Anda Hilang ? Ini Denda dan Kos Ganti Yang Anda Perlu Tahu!

Kongsikan:

Korang pernah terfikir tak, apa jadi kalau pasport Malaysia korang hilang? Bukan setakat leceh nak buat baru, tapi denda yang dikenakan pun boleh buat poket rabak. Lagi kerap hilang, lagi tinggi denda yang korang kena bayar.

pasport malaysia
Kredit Gambar : The Vibes

Denda Gantian Pasport Hilang

Berikut adalah kadar denda yang dikenakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia mengikut kekerapan kehilangan:

  • Kali Pertama:
    • Dewasa: RM200 (gantian) + RM200 (denda) = RM400
    • Kanak-kanak: RM100 + RM200 = RM300
    • Warga emas (60 tahun ke atas): RM100 (tiada denda)
  • Kali Kedua:
    • Dewasa: RM200 + RM500 = RM700
    • Kanak-kanak: RM100 + RM500 = RM600
    • Warga emas: RM100 sahaja
  • Kali Ketiga dan Seterusnya:
    • Dewasa: RM200 + RM1,000 = RM1,200
    • Kanak-kanak: RM100 + RM1,000 = RM1,100
    • Warga emas: RM100 sahaja

Nota: Caj gantian tetap sama, tetapi denda meningkat setiap kali kehilangan pasport.

Kenapa Denda Semakin Tinggi?

Jabatan Imigresen Malaysia mengenakan denda yang tinggi untuk menggalakkan korang lebih berhati-hati menjaga pasport. Pasport adalah dokumen penting berkaitan keselamatan negara dan identiti diri.

malaysian passport
Kredit Gambar : The Star

Tips Elak Kehilangan Pasport

Nak elak bayar denda mahal? Pastikan korang:

  • Simpan pasport di tempat yang selamat dan mudah diingati.
  • Jangan bawa pasport keluar jika tak perlu.
  • Gunakan pouch khas ketika melancong.
  • Ambil gambar salinan pasport dan simpan secara digital.
  • Semak barang sebelum bergerak dari hotel, lapangan terbang atau kenderaan.

Apa Perlu Buat Jika Pasport Hilang?

Kalau pasport korang hilang, jangan panik. Ikut langkah ni:

  1. Lapor Kehilangan Kepada Bahagian Penguatkuasa Imigresen: Segera laporkan kehilangan pasport di mana-mana cawangan Jabatan Imigresen Malaysia.
  2. Elakkan Menggunakan Khidmat Orang Tengah: Berurusan terus dengan pihak imigresen untuk mengelakkan sebarang penipuan.
  3. Sediakan Dokumen Sokongan:
    • Kad Pengenalan (MyKad)
    • Sijil Kelahiran atau Borang H (jika lahir di luar negara)
    • Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42C)
    • Salinan laporan polis (jika diminta)
  4. Mohon Pasport Baru di Kaunter Imigresen: Hadir sendiri ke pejabat imigresen untuk pengesahan identiti dan proses gantian.

Soalan Lazim

  • Berapa lama masa untuk ganti pasport yang hilang?
    • Biasanya proses gantian pasport mengambil masa sehari bekerja, bergantung kepada pejabat imigresen dan jumlah permohonan.
  • Boleh tak mohon gantian pasport hilang secara online?
    • Tidak boleh. Kehilangan pasport wajib dilaporkan secara fizikal di pejabat imigresen untuk proses verifikasi identiti.
  • Apa perlu buat jika pasport hilang di luar negara?
    • Segera laporkan kepada Pejabat Perwakilan Malaysia (kedutaan/konsulat) di negara tersebut untuk mendapatkan dokumen perjalanan sementara.

Jadi, jaga pasport korang macam korang jaga telefon bimbit sendiri. Satu kesilapan kecil boleh menyebabkan korang kerugian hingga ribuan ringgit!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA