HalalXPlorer Logo
penchalang resort homestay di manjung
15 April 2025

Penchalang Resort (Harley Village) – Tempat Penginapan Lengkap & Santai Hanya 7 Minit dari Seri Manjung

Kongsikan:

Kalau anda sedang cari penginapan yang tenang tapi lengkap dengan pelbagai fasiliti — sama ada untuk family day, reunion, team building atau sekadar rehat hujung minggu — Penchalang Resort (Harley Village) memang antara yang paling ideal. Terletak di Kampung Telok Penchalang, resort ini hanya mengambil masa lebih kurang 7 minit dari pusat bandar Seri Manjung.

Penchalang Resort (Harley Village)

Suasana & Fasiliti Lengkap untuk Semua Jenis Percutian

Penchalang Resort menawarkan 22 unit bilik yang boleh memuatkan 2 hingga 6 orang, bergantung kepada jenis bilik. Setiap unit dilengkapi dengan penghawa dingin, dan yang paling menarik — kawasan resort ini cukup luas dan sesuai untuk pelbagai aktiviti berkumpulan mahupun peribadi.

Penchalang Resort (Harley Village) manjung perak

Antara kemudahan yang tersedia:

  • Kolam mandi untuk dewasa & kanak-kanak
  • Dewan terbuka & tertutup (berhawa dingin)
  • Dapur terbuka & ruang BBQ
  • Ruang makan & aktiviti santai
  • Mini zoo (sesuai untuk anak-anak kecil)
  • ATV untuk aktiviti lasak
  • Parkir luas dan mudah diakses
homestay kolam renang perak

Sesuai untuk Majlis & Aktiviti Berkumpulan

Resort ini sangat sesuai untuk pelbagai acara seperti:

  • Team building pejabat
  • Family gathering & reunion sekolah
  • Majlis perkahwinan outdoor
  • Program sekolah atau kolej
vending machine perak

Bahkan, jika anda ada urusan di sekitar Seri Manjung — seperti melawat pesakit di Hospital Seri Manjung, berkunjung ke IKM Lumut atau KV Manjung — Penchalang Resort ialah antara pilihan penginapan paling dekat dan selesa.

Harga Bilik yang Mesra Poket

Harga penginapan di Penchalang Resort bermula serendah RM160 semalam. Berikut senarai harga mengikut jenis bilik:

  • RM160 – 2 katil bujang
  • RM180 – 1 katil king + 1 katil bujang
  • RM180 – 3 katil bujang
  • RM200 – 2 katil queen
  • RM330 – Family room (2 katil queen + 1 katil double decker)
2 queen bed room
Bilik 2 Queen Bed
bilik 2 katil queen

Kolam Mandi untuk Pengunjung Harian

Tak bermalam pun tak apa — anda juga boleh berkelah & mandi-manda di kolam resort. Bayaran masuk hanyalah:

  • RM5 untuk kanak-kanak
  • RM7 untuk dewasa

Sesuai sangat untuk keluarga yang nak buat short picnic atau gathering ringan.

swimming pool perak

Makan Best Dekat Resort Pun Ada!

Nak cari tempat makan best pun tak susah. Lokasi resort ni berdekatan dengan port makan popular seperti:

  • Aroma Village
  • Warung Abg Mad Roti Canai
  • Warung Nelayan Kg Permatang
  • Warung Mak Jah D’Muara

Cara Tempahan


Kalau anda perlukan penginapan santai, lengkap dan strategik untuk urusan kerja, family trip atau aktiviti santai bersama rakan-rakan — Penchalang Resort memang jawapannya. Lengkap, tenang & berbaloi!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA