Nampaknya negeri yang begitu terkenal dengan kehalusan seni , laut yang indah, masyarakat yang mesra ini bakal mempunyai tarikan pelancongan baharu !
Yang bestnya adalah tarikan terbaharu ini sangat bersifat lokal dan mengangkat keistimewaan asal masyarakat Terengganu, iaitu budaya.
Dikatakan Kerajaan Terengganu sudah memuktamadkan cadangan untuk mewujudkan Kampung Budaya Terengganu di sekitar kawasan Muzium Negeri Terengganu dengan bajet keseluruhan 2 Juta dan RM400 ribu sebagai dana permulaan.

Dijangkakan dengan bayaran yang rendah, Kampung Budaya Terengganu ini bakal menyajikan pengalaman unik buat para pengunjung dengan menampilkan pelbagai budaya dan warisan negeri Terengganu yang dipamerkan di 7 buah rumah dengan ciri binaan unik.

Sumber : Facebook Terengganu Tourism
Selain itu, daya tarikan ini akan disertakan dengan pertunjukan kebudayaan berasal Terengganu yang pastinya berbeza dari negeri-negeri lain. Menarik !
Dengan penambahan satu lagi lokasi pelancongan iaitu Kampung Budaya, industri pelancongan negeri Terengganu dilihat akan menjadi semakin rancak di masa hadapan seterusnya membantu sektor pelancongan negara.
Kami dari SurgaRoute tak sabar-sabar untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman di Kampung Budaya Terengganu ini.

