HalalXPlorer Logo
27 June 2021

Belon udara panas langgar kabel elektrik, 5 orang maut

Kongsikan:

Lima orang dilaporkan maut dalam insiden belon udara panas terlanggar kabel elektrik lalu terhempas di Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat , kira-kira 7 pagi (waktu tempatan) di bahagian barat di bandar tersebut.

5 maut belon udara panas langgar kabel elektrik - Japan Today
Adolphe Pierre-Louis/The Albuquerque Journal via AP

Polis mengenal pasti dua penumpang terlibat dalam nahas itu iaitu Martin Martinez, 59, dan Mary Martinez, 62 yang merupakan ibu bapa kepada seorang pegawai bertugas di bahagian pengangkutan penjara dengan Jabatan Polis Albuquerque.

“Malangnya empat individu meninggal dunia akibat cedera dalam kemalangan belon udara panas,” kata polis Albuquerque menerusi Twitter sambil menambah seorang lagi yang cedera parah dibawa ke hospital.

5 maut tragedi belon udara panas
Sumber : ABC News

Pihak berkuasa kemudian memaklumkan mangsa lelaki turut meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kesemua mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi itu,” kata polis.

Polis masih belum mendedahkan nama mangsa yang lain namun memaklumkan tiga individu yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berasal dari tengah New Mexico. – AGENSI

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA