Ingatkan nak makan patin sedap wajib ke Temerloh. Rupanya di tengah Kuala Lumpur pun ada restoran sedap, tambah suasana macam dalam rumah orang kaya di kampung. Tempat makan pun selesa dan nyaman.
Ini dia Samudra @ Anjung Patin Ville. Bukan sahaja patin, tetapi restoran ini merupakan antara pelopor menu berasaskan ikan sungai liar di Malaysia macam patin buah, baung, kerai, tengalan, tapah, udang galah, kelah, jelawat, temoleh, lampam.
Pelbagai jenis masakan dan menu tersedia untuk anda. Antaranya adalah Ikan Patin Asam Tempoyak. Ikan Baung Masak Lemak. Ikan Kerai Goreng. Kulat Sisir Masak Lemak. Kerabu Pucuk Paku. Ayam Kampung Masak Kicap. Pucuk Ubi Masak Lemak. Ikan Perkasam Goreng. Sambal Tempoyak.
Jadi lepasni kalau nak ajak keluarga makan sedap ramai-ramai, boleh ke Samudra @ Anjung Patin Ville di Kampung Baru.
Lokasi
Samudra @ Anjung Patin Ville, 51, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi
Setiap Hari , 11:30 Pagi - 10 Malam