Kalau datang ke Taiping yang terkenal dengan jolokan 'Bandar Warisan', boleh mulakan hari anda dengan bersarapan di satu kafe yang baru dibuka tetapi menampilkan gaya klasik.
Kafe yang dinamakan Krongcong ini baru sahaja dibuka kira-kira sebulan yang lalu & sekarang ini telah menjadi bualan warga Taiping amnya.
Menjengah ke setiap sudut kafe Krongcong, pasti ada hiasan lama yang menyerikan ruang. Sarapan anda juga akan ditemani irama lagu-lagu klasik yang diputar, membawa pelanggan nostalgia lama ketika menjamu selera.
Menu
Antara menu yang dihidangkan adalah roti bakar, roti kukus, lontong, mee kari, indomie, nasi lemak dan set ala 'English Breakfast'.
Lokasi
Kafe Krongcong ini terletak di Pekan Kamunting, tidak jauh dari Plaza Tol Taiping Utara.
Krongcong, 53, Lorong 2, 34600 Kamunting, Perak