OYO Malaysia akan menawarkan perlindungan insurans percuma kepada semua tetamu yang menempah untuk menginap di mana-mana hotel mereka di seluruh negara mulai 15 Ogos 2022 dan seterusnya.
Insurans disertakan secara automatik tanpa caj tambahan kepada tetamu dengan setiap tempahan yang dibuat melalui aplikasi OYO, www.oyorooms.com atau Agensi Pelancongan Dalam Talian.

Dijamin oleh Chubb, salah satu syarikat insurans terbesar di dunia, perlindungan ini memberi insurans kepada tetamu bagi kes kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal, kemasukan ke hospital kecemasan, kehilangan harta benda dan bagasi peribadi, kehilangan komputer riba dan faedah lain untuk setiap malam yang mereka habiskan di hotel rakan kongsi OYO.

Pelan perlindungan insurans percuma yang ditawarkan kepada tetamu adalah merupakan satu lagi nilai tambah kepada pengalaman OYO di Malaysia.

Penawaran perlindungan insurans percuma adalah bijak dan tepat pada masanya supaya tetamu boleh melancong dan menikmati penginapan mereka di Malaysia. Insurans ini akan membolehkan OYO memberi lebih banyak kepada pelanggan dan memastikan ketenangan fikiran dan keselesaan kepada tetamu sementara mereka tinggal di rangkaian ruang kediaman berkualiti dan mampu milik OYO di seluruh Malaysia.

Ketika industri hospitaliti berubah dan pulih daripada wabak, OYO terus berinovasi untuk menyampaikan lebih banyak kepada pelanggannya. Semasa pandemik, OYO melancarkan Sanitized Stays, satu inisiatif yang bertujuan untuk memberikan pengalaman tetamu yang bebas kebimbangan dari daftar masuk hingga daftar keluar. Memperluaskan insurans percuma kepada tetamu menambah satu lagi lapisan kepada komitmen itu.

