Jika anda teringin untuk merasa menjadi juruterbang atau nak tahu bagaimana rasanya mengendalikan kapal terbang, boleh cuba menjadi juruterbang pesawat melalui simulator Airbus A320.
Simulator ini terletak di Simflightkl Malaysia , Lapangan Terbang Subang atau dikenali sebagai Subang Skypark.
Harganya tidak terlalu mahal, ada pakej paling murah bermula RM59 seorang. Dengan pakej ini, anda dapat la merasa untuk pandu selama 6-9 minit dan mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secara maya.
kalau poket tebal sikit, InsyaAllah boleh ambil pakej yangg berharga RM199. Ini pun memang puas hati sangat. Siap ada penerangan dahulu, lepastu itu persediaan untuk terbang dari KLIA, proses taxing di landasan, 'take-off' di KLIA , mendarat sebentar di Lapangan Terbang Subang selepas itu sambung perjalanan kembali ke KLIA, insyaAllah dengan selamat. Kalau terbabas sikit pun tak apa, simulator je kan . ?
Paling best, anda boleh bawa kawan-kawan atau anak-anak untuk menjadi penumpang dan duduk di kerusi disediakan di bahagian belakang. Siap ada tingkap dan nampak tepi, kalau kanda pandu simulator ini senget senget, mereka pun nampak sama. pakat
Jom ke sini. Cuma untuk mencuba simulator ini, anda harus melakukan tempahan dahulu ya. Maklumlah, musim Codid-19 ini kan.
Lokasi & Telefon
Simflight KL , M11, Subang Skypark Terminal 3, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor 012-322 6076 / 03-7499 9531http://www.simflightkl.com.my/