HalalXPlorer Logo
maha 2022
14 August 2022

MAHA 2022 Capai Sasaran Lebih Sejuta Pengunjung

Kongsikan:

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir 14 Ogos 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menyokong MAHA dan menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

https://www.facebook.com/watch/?v=1782290622132366

Ismail Sabri turut berkongsi mengenai lawatan beliau buat kali kedua ke MAHA 2022 bagi mengunjungi pavilion semua negeri untuk melihat produk-produk keluaran, makanan serta kebudayaan setiap negeri.

"Gembira dapat melihat begitu ramai hadir bersama keluarga dengan semangat Keluarga Malaysia...Seronok dapat bertegur sapa dengan mereka termasuk terserempak dengan Haziq ‘ulaq besar’.

"Hampir tiga jam saya di MAHA namun banyak lagi tempat yang belum sempat dilawati,” tambah perdana menteri.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menerusi Facebook beliau berkata, jumlah pengunjung secara fizikal MAHA 2022 telah melebihi satu juta pengunjung.

https://www.facebook.com/DRonaldKiandee/posts/482286027044052

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Fatin Nur Aqilah kerana berjaya menjadi pengunjung secara fizikal MAHA 2022 yang ke 1,000,000 dan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan baucar bernilai RM1,000.

"Hadiah lagi istimewa menanti pengunjung secara fizikal ke-1,100,001. Terima kasih #KeluargaMalaysia atas sokongan hadir ke MAHA 2022,” katanya.

Sumber : Bernama

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA