HalalXPlorer Logo
australia
29 July 2022

Nak Pergi ke Australia ? Ini Barangan Yang Anda Tak Boleh Bawa Bersama

Kongsikan:

Australia merupakan negara yang betul-betul tegas berkenaan kemasukan barang-barang terlarang ke dalam negara mereka.

Baru-baru ini, seorang wanita warganegara Australia sendiri pun didenda kira-kira $2,664 disebabkan dia membawa sandwich subway yang dibeli di Singapura, dan sudah dimakan sebahagiannya.

Namun. akhirnya sebaik tiba untuk pemeriksaan di Australia, beliau disaman kerana sandwich Subway tersebut berisi ayam dan sayuran yang merupakan barangan terkawal. Aduh !

Kalau anda nak baca lanjut mengenai kisah tersebut, boleh baca disini.

Kami bukannya nak bercerita berkenaan gadis tersebut ataupun sandwich Subway beliau. Cuma, nak jadikan kisah tersebut sebagai pengajaran buat kita semua supaya berhati-hati bila nak masuk ke Australia ini.

Jadi, kalau anda pertama kali nak ke mana-mana kawasan di Australia, anda perlu betul-betul ketahui bab bahan larangan ini. Silap sikit, tak pasal-pasal kena denda, perlu berpatah balik atau lebih teruk anda akan dipenjara dan disenarai hitam dari memasuki Australia.

Terutama melalui hub pengangkutan seperti lapangan terbang. Amatlah dinasihatkan kepada setiap individu tanpa mengira umur, agar tidak membawa barang terlarang ke Australia. Sama ada disedari, apatah lagi tanpa disedari.

Barangan Larangan

Antara barang larangan yang kerap diperiksa adalah, dadah serta ubat-ubatan, bahan makanan mentah tanpa diproses dengan rapi, bahan makan sudah dimasak tanpa pembungkusan yang rapi, produk herba dan akar kayu, produk laut, produk tembakau, produk tenusu, produk kraftangan (berunsur kayu, rotan, haiwan kecil dan serangga), dan peralatan sukan air atau memancing.

Tidak lupa juga bungkusan makanan dari dalam kapal terbang. Sekali baca memang kelihatan ringkas, tapi ramai yang kerap terlepas pandang dan terbawa masuk sehingga tiba di lapangan terbang. Elakkan membuang masa 2-3 jam didalam bilik kuarantin kerana diperiksa.

Sediakan Senarai Semak

Insya Allah mudah untuk uruskan hal ini, sediakan senarai semak barang-barang yang akan dibawa masuk ke Australia.

Bagi yang bergantung dengan ubat-ubatan seperti pesakit asma, kencing manis, darah tinggi, jantung, demam batuk dan selesema, atau yang dalam pantang bersalin, sila rujuk kepada doktor yang membekalkan kita ubat, mohon surat pengesahan doktor secara bertulis, diikuti cop jawatan dan alamat tempat bekerja. Insya Allah surat ini banyak membantu.

Kepada mereka yang membawa anak kecil menyusu botol, sediakan susu tepung yang cukup hanya ketika atas kapal terbang, untuk bawa masuk ke Australia perlukan bungkusan atau tin susu yang masih rapi tertutup, iaitu yang baru dibeli.

Pemeriksaan kastam di Australia kelak dilakukan dalam dua keadaan, iaitu buka bagasi dan lihat, atau pemeriksaan penghiduan anjing. Semoga dipermudahkan urusan !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA