HalalXPlorer Logo
26 February 2022

Taco Bell Buka Cawangan ke-6 Malaysia di Sunway Pyramid

Kongsikan:

Diasaskan oleh Glen Bell pada tahun 1962, Taco Bell membuka kedai pertamanya di Selatan California yang menyajikan Crunchy Tacos .

Saban tahun, makanan segera yang terkenal dengan menu Taco, Burrito, Quesadillas semakin berkembang di serata dunia. Mereka telah membuka lokasi pertama di Malaysia pada April 2021 bertempat di Cyberjaya, Selangor.

Kini, pada awal tahun 2022, satu lagi cawangan mereka telah dibuka bertempat di Sunway Pyramid !

Taco Bell Buka Cawangan ke-6 Malaysia di Sunway Pyramid
Kredit : Sunway Pyramid

Reka bentuk restoran ini dan persekitarannya seperti restoran-restoran di California yang pasti membuatkan anda berada dalam 'mood' sebenar untuk menikmati makanan yang diolah dari resepi Mexico ini.

Taco Bell Buka Cawangan ke-6 Malaysia di Sunway Pyramid
Kredit : Sunway Pyramid

Paling menarik, jika anda ke Taco Bell cawangan Sunway Pyramid, anda boleh makan dengan menghadap ke taman tema Sunway Lagoon. Memang tak dapat kat cawangan lain !

May be an image of 1 person and food

Restoran ini dapat memuatkan sehingga 75 pelanggan pada satu-satu masa, sesuai dengan garis panduan & prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan di kala musim pandemik ini.

Katanya, banyak lagi cawangan mereka akan dibuka pada masa akan datang. Selepas ini, mungkin peluang untuk warga USJ & Puchong untuk menikmati Taco Bell berhampiran rumah mereka.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA