Ini adalah Villa Kiambang. Tema dan dekorasi dalaman macam di kampung, dikelilingi keindahan alam flora, sejuk mata memandang tetapi sebenarnya lokasi Villa ini adalah di Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan.
Antara lokasi-lokasi menarik yang terletak berhampiran dengan villa ini adalah :
- Galeri Diraja Tuanku Ja'afar-4.1 km
- Taman Tasik Seremban-4.1 km
- Escape Room-4.3 km
- Kompleks Kraf Seremban-4.5 km
- Kompleks Budaya Seremban-5.4 km
- Palm Mall Seremban-6.3 km
- Gunung Angsi-7.8 km
Yang seronoknya, boleh memuatkan ramai tetamu. Disini ada 4 bilik tidur berhawa dingin & 7 bilik air. Tak perlu nak berebut bilik air.
Bukan itu sahaja, siap ada kolam renang lagi kalau nak berendam.
Di tepi kolam pula ada set BBQ, ada gazebo, taman permainan mini dan tempat letak kereta.
Bagi anda yang ada family besar, tempat ni sesuai untuk gathering sebab villa ini dan lamannya yang luas serta mempunyai kemudahan lengkap.
Lokasi
Villa Kiambang, Lot 1691, Jalan Kiambang Indah 4, Taman Kiambang Indah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan