Taipei dari segi sejarah sentiasa menjadi salah satu laluan paling popular dengan pelbagai tarikan budaya, juadah dan pelancongan. Pada tahun 2019, syarikat penerbangan Airasia X membawa lebih daripada 530,000 tetamu ke/dari Taipei.
Namun disebabkan situasi pandemik COVID-19 dan sempadan negara ditutup, laluan perjalanan tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Terbaru, laluan Kuala Lumpur-Taipei diteruskan semula selepas Taiwan membuka semula sempadannya kepada pelancong pada bulan Oktober buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun.
Selain itu, AirAsia Malaysia (AK) telah memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung pada November 2022 dan akan memulakan penerbangan dari Kota Kinabalu Ke Taipei pada Disember 2022. AirAsia Filipina (Z2) juga akan mula terbang dari Manila ke Taipei tidak lama lagi.
Sempena meraikan penerbangan sulungnya, AAX menawarkan tambang bernilai hebat dari Kuala Lumpur ke Taipei daripada RM399 sehala untuk tempat duduk ekonomi dan RM1,499 sehala untuk Premium Flatbed. Tambang promosi ini juga tersedia untuk penerbangan dari Taipei daripada TWD3,090 sehala untuk tempat ekonomi dan TWD9,690 sehala untuk Premium Flatbed.
Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur dan Taipei:




