Berita baik buat kaki anda yang merancang ke Soul dengan menggunakan pengangkutan awam. Baru-baru ini, Seoul Metropolitan Government telah melancarkan aplikasi “Seoul Subway” dalam bahasa Inggeris.
Ciri-ciri utama yang disediakan dalam aplikasi adalah carian laluan, menjejak kereta api masuk (tracking) berdasarkan GPS masa nyata, navigasi di dalam stesen kereta api bawah tanah dan cadangan tarikan berdekatan.
Aplikasi tersebut membantu pengguna mencari laluan kereta api bawah tanah yang paling mudah ke destinasi yang dituju.
Selain itu, aplikasi ini menyediakan maklumat berguna lain seperti tarikan utama sekitar Seoul dan panduan untuk menggunakan subway.
Pada masa ini, pengguna boleh menerima navigasi ke tandas dan arahan keluar untuk 14 stesen kereta api bawah tanah.
Seoul Subway boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple Store.
14 stesen yang menawarkan navigasi dalam Seoul Subway
- Gunja Station (Lines 5, 7)
- Hongik University Station (Line 2)
- Myeongdong Station (Line 4)
- Anguk Station (Line 3)
- Itaewon Station (Line 6)
- Hoehyeon Station (Line 4)
- Dongdaemun History & Culture Park Station (Lines 2, 4, 5)
- Jamsil Station (Lines 2, 8)
- Samseong Station (Line 2)
- Euljiro 1(il)-ga Station (Line 2)
- Download: Available on Google Play and App Store
- Website: www.seoulmetro.co.kr (Korean, English, Japanese, Chinese)