HalalXPlorer Logo
passport hilang ini apa yang anda perlu buat
23 December 2023

Nak Travel Luar Negara Dah, Tapi Baru Sedar Passport Dah Expired ! Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Kongsikan:

Kalau nak ke luar negara tak kisahlah atas urusan kerja atau ingin bercuti, pasport adalah dokumen yang paling penting untuk dibawa.

Buku merah ini bukan sahaja perlu dibawa bersama, malah anda harus memastikan ia tidak rosak dan juga belum tamat tempoh. Kalau sudah bawa tapi ‘expired’ pun tak guna juga.

Masalah Berkaitan Pasport Timbul Sebelum Penerbangan Ke Luar Negara

Seorang pemandu pelancong memuat naik ciapan laman Twitter (Tag Jones) dengan berkongsi kisah apabila dia dan pelanggannya berdepan masalah berkaitan pasport sebelum penerbangan mereka ke luar negara.

https://twitter.com/callmefye/status/1577812894716043265

Kes 1: Baru Sedar Pasport Tamat Tempoh Sebelum Penerbangan

Menerusi perkongsian tersebut, seorang rakyat Malaysia mula menyedari pasport miliknya telah tamat tempoh pada hari yang sama sebelum mereka berlepas ke luar negara.

Kalau anda berdepan situasi seperti ini, jangan panik! Ini tiga perkara penting yang anda perlu segera lakukan.

  1. Bawa pasport lama, itinerari penerbangan dan gambar pasport dalam bentuk soft copy.
  2. Terus pergi ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) berdekatan.
  3. Terangkan situasi anda kepada staf UTC yang bertugas dan semuanya terletak pada budi bicara mereka.
Sumber: Head Topics

Pasport baharu itu boleh digunakan terus tetapi perlu peka dengan sebarang masalah yang berlaku di kaunter penerbangan kerana proses untuk mengemas kini maklumat akan mengambil masa juga.

Kalau anda membeli tiket menggunakan nombor pasport lama dan meneruskan penerbangan dengan buku merah baharu, tiada masalah.

Tetapi dalam kes tertentu contohnya melibatkan Korea Electronic Travel Authorization (K-ETA), anda tetap perlu menggunakan maklumat terkini.

Hubungi pihak penerbangan untuk menjelaskan perkara yang berlaku

Ketika situasi tersebut berlaku, pemandu pelancong berkenaan segera menghubungi pihak penerbangan Qatar Airways untuk menjelaskan perkara sebenar.

Lebih menyentuh hati lagi, pihak penerbangan tersebut sanggup menjadualkan semula penerbangan mereka tanpa sebarang caj dikenakan.

Tindakan dan pengalaman bersama Qatar Airways dipuji oleh pemandu pelancong ini kerana layanan yang diberikan oleh mereka memang terbaik.

Nasib menyebelahi mereka apabila situasi ini akhirnya berjaya diselesaikan kurang dari enam jam sebelum penerbangan pada malam tersebut juga.


Apa Perlu Buat Kalau Pasport Hilang?

Kes kedua ini juga masih melibatkan pasport apabila pemandu pelancong itu sendiri kehilangan buku merah miliknya buat pertama kali.

Sumber: Malay Mail

Jadi kalau anda berdepan situasi sama, berikut adalah apa yang perlu dilakukan.

  • Hubungi pihak imigresen dan minta nasihat mereka.
    • Kenapa tak terus pergi UTC? Kerana mungkin ada maklumat yang kita perlu tahu terlebih dahulu bagi memudahkan proses berjalan lancar dan tidak membuang masa.
  • Buat laporan polis di kaunter balai polis UTC.
    • Apabila terus ke kaunter polis di UTC yang berada dalam bangunan sama dengan imigresen, ia lebih memudahkan kerana akan ada dokumen serta maklumat yang memerlukan kita untuk berurusan melibatkan dua orgasasi tersebut.
    • Malah pegawai polis di UTC juga lebih peka dengan masalah berkaitan pasport.
  • Cetak dokumen penting seperti itinerari penerbangan atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong sebab anda untuk ingin membuat pasport baharu.
    • Tanpa sebarang dokumen sokongan, niat anda untuk membuat pasport baharu mungkin akan terbantut kerana pihak polis kini semakin berhati-hati dengan kes sindiket penjualan pasport.
  • Sentiasa simpan gambar pasport anda dalam bentuk soft copy di dalam galeri telefon atau e-mel.
    • Gambar pasport adalah perkara wajib jika anda ingin membuat buku merah yang baharu.
  • Sediakan wang secukupnya untuk membayar segala kos denda yang akan dikenakan. Malah, anda juga dinasihati untuk menghubungi sendiri pihak polis untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan anda.
  • Ambil gambar halaman maklumat diri selepas pasport baharu sudah siap dan simpan di dalam mana-mana platform yang sesuai seperti Google Drive, e-mel atau iCloud.

Kepada anda yang berdepan situasi yang sama apabila kehilangan atau pasport tamat tempoh waktu ‘last minute’ sebelum tarikh penerbangan, simpan artikel ini siap-siap ya.

Senang nak rujuk balik nanti.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA