HalalXPlorer Logo
15 December 2023

The Ruma Kupi Pontian : Kedai Makan Berkonsep Warung Kopi Lama & Klasik di Pontian, Johor !

Kongsikan:

Kalau ke Pontian boleh singgah ke The Ruma Kupi Pontian diusahakan oleh keluarga Muslim.

Kedai ini mempunyai dekorasi ala warung kopi zaman dulu-dulu dengan pelbagai barangan antik dan 'vintage' diletakkan hampir di setiap sudut.

Disini anda boleh menikmati makanan seperti roti bakar, lontong, nasi lemak daun pisang dan juga nasi orang kahwin berlaukkan Ayam Baryani ,Ayam Masak Merah, Kambing Baryani,Asam Pedas Ayam.

Padankan pula dengan kopi kampung yang dikisar segar setiap hari atau minuman-minuman lain yang dihidangkan di dalam gelas dengan logo jenama 'klasik'.

The Ruma Kupi Pontian : Kedai Makan Berkonsep Warung Kopi Lama & Klasik di Pontian, Johor !

Sambil-sambil makan, dengarkan lagu-lagu klasik yang diputarkan sebagai halwa telinga, menggamit memori indah dulu dulu !

Lokasi

? The Ruma Kupi Pontian, 63A, Jalan Kukup, Kampung Tengah, 82000 Kukup, Johor

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA