i-City memperkenalkan satu lagi tarikan terbaru iaitu Digital Sports Arena. Apa yang menarik, tarikan terbaru ini bukanlah taman permainan untuk kanak-kanak ataupun untuk dewasa sahaja. Tetapi, ia sebenarnya adalah sebuah taman permainan yang sesuai untuk seisi keluarga !
Baru-baru ni kami berkesempatan untuk mengunjungi sendiri destinasi menarik terbaru ini. Rupanya lokasi taman permainan ini adalah di bangunan Central Walk, berhadapan dengan kompleks membeli-belah Central i-City.
Ada pelbagai jenis permainan disediakan disini seperti gelongsor, permainan digital, sukan memanjat yang lasak dan banyak lagi !
Memang puas menghabiskan masa berjam-jam disini. Paling best, anda dibenarkan untuk keluar dan masuk berkali-kali pada hari yang sama. Jadi, kalau penat boleh keluar makan dahulu !
Harga Tiket Digital Sports Arena i-City
Harga tiket adalah RM45 bagi dewasa warganegara Malaysia dan RM35 bagi kanak-kanak warganegara Malaysia.