Rakyat Malaysia pasti ternanti-nanti acara flashmob popular di Malaysia, apa lagi kalau bukan Keretapi Sarong 2024 memandangkan sambutan Hari Malaysia bakal diraikan tidak lama lagi.
Program sebegini mendorong peserta yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa untuk mengenakan sarong sebagai simbol budaya dan identiti masyarakat di Malaysia.
Acara ini biasanya diadakan pada Hari Malaysia dengan penyertaan rakyat berbilang bangsa menaiki pengangkutan awam di Lembah Klang terutamanya Mass Rapid Transit (MRT) atau LRT.
Tetapi, pada edisi ke-8 tahun 2024 ini, acara Keretapi Sarong 2024 akan diadakan pada tanggal 14 september bagi menghormati Maulidur Rasul yang jatuh pada tarikh 16 September 2024. Acara pada edisi kali ini juga bakal diadakan besar-besaran di lokasi lain seperti Johor Bahru, Ipoh, Bukit Mertajam, Alor Setar dan juga Tumpat, Kelantan.
Bagi yang mahu mengikuti acara Keretapi Sarong di Johor Bahru, artikel ini untuk anda !
Keretapi Sarong 2024 Johor Bahru X Hab Hab Hooray
Acara Keretapi Sarong Johor 2024 x Hab Hab Hooray akan berlangsung serentak dengan JB Car-Free Morning.
Acara Keretapi Sarong Johor 2024 akan bermula di Mercu Tanda 0km Depan Pejabat Pos Besar JB, bermula jam 8 pagi pada 14 September 2024. Para peserta kemudian akan berarak ke lokasi akhir iaitu Persada Johor.
Parking Keretapi Sarong 2024
Disebabkan acara ini bakal berlangsung serentak dengan JB Car-Free Morning, sebahagian jalan utama di Johor Bahru akan ditutup.
Jadi, pastikan anda merancang perjalanan dengan bijak dan sentiasa memeriksa jadual penutupan jalan terkini. Kunjungi laman web rasmi atau media sosial JB Car-Free Morning untuk maklumat lanjut.
Untuk memudahkan anda menyertai perarakan Keretapi Sarong Johor 2024, pihak penganjur telah menyenaraikan beberapa tempat letak kereta terdekat:
- Komtar JBCC (14 minit berjalan kaki)
- Johor Bahru City Square (10 minit berjalan kaki)
- Ruang Parkir *berhadapan pejabat pos JB* (4 minit berjalan kaki)
Kami juga menggalakkan korang untuk berkongsi kereta bersama geng geng korang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan perjalanan anda.
Shuttle Bus Percuma
Selain daripada meletakkan kenderaan di lokasi yang disebutkan tadi, anda boleh juga meletakkan kenderaan di TMYIC Johor Bahru ataupun Dataran Bandaraya sebab tahun ni ada kelainan sikit, pihak penganjur dengan kerjasama rakan strategik iaitu Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menyediakan shuttle bus ke Meeting Point di Mercu Tanda 0km.
Nampak gayanya, cantik juga shuttle bus yang akan digunakan nanti.
Aktiviti di Keretapi Sarong 2024 Johor Bahru
Macam-macam aktiviti best ada, dari bengkel kreatif sampai persembahan budaya. Kita juga ada beberapa pertandingan yang akan di adakan seperti timbang capteh dan beberapa pertandingan yang lain.
Hadiah menarik akan menanti korang!
Pertandingan Dengan Hadiah Hebat
Antara pertandingan yang diadakan adalah pakaian terbaik. Apa yang anda perlu lakukan adalah muatnaik gambar di akaun instagram dengan caption dan hashtag tertentu. Pertandingan ini dibuka sehingga 24 September 2024 tau !
Jangan main-main, pemenang pakaian terbaik lelaki dan wanita bakal memenangi tiket penerbangan pergi-pulang dari Airasia tau !
Tempat ke-2 dan ke-3 pun tak kurang hebatnya sebab boleh dapat percutian 2 hari 1 malam di Hotel Ramada manakala pemenang ke-3 akan mendapat pakej spa ataupun minum petang di Hotel Amari.
Selain itu, ada juga pertandingan video tiktok dan gambar keluarga terbaik. Kedua-dua pertandingan ini pun turut menawarkan hadiah yang cukup menarik.
Vendor Jualan Makanan & Minuman
Jangan risau jika lapar walaupun keluar pagi-pagi sebab dekat Persada Johor nanti akan ada banyak vendor yang menjual makanan & minuman !
Untuk maklumat lanjut berkenaan Keretapi Sarong 2024 Johor Bahru x Hab Hab Hooray, anda boleh klik pautan ini.