HalalXPlorer Logo
tiong king sing tourism minister
07 May 2025

“Dasar Visa Percuma Untuk Warga China Tak Salah, Yang Salah Ialah Kita Lemah Penguatkuasaan” – Tiong King Sing

Kongsikan:

Lepas tular video di TikTok yang mendakwa kerajaan bakal tarik balik kemasukan bebas visa untuk pelancong China, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bangkit mempertahankan dasar kontroversi ini. Dalam kenyataan yang agak lantang di Facebook malam tadi, beliau tegas menyatakan: “Masalah bukan pada dasar, tapi pada orang yang salah guna dan pihak berkuasa yang tak cukup tegas.”

Jangan Salahkan Dasar Yang Bawa Duit Masuk

Ramai rakyat Malaysia kini mempersoalkan dasar visa percuma 90 hari yang diberikan kepada warganegara China, terutamanya selepas muncul dakwaan ada yang masuk tapi jalankan bisnes haram secara terbuka. Tapi bagi Tiong, isu ni tak patut jadi alasan untuk batalkan dasar yang terbukti bantu ekonomi negara.

“Jangan sebab ada segelintir buat hal, kita hukum keseluruhan dasar. Ekonomi negara dapat manfaat besar, terutama sektor makanan, hospitaliti, logistik dan perkhidmatan,” katanya.

Beliau turut menyelar mana-mana pihak, termasuk NGO dan persatuan, yang terlalu cepat ‘melompat’ dan mahu kerajaan tarik balik visa percuma tanpa menilai kesan ekonomi secara menyeluruh.

Masalah Global Tapi Malaysia Yang Panik?

Tiong juga tegaskan bahawa isu warga asing buat duit secara haram bukan hanya berlaku di Malaysia. Negara lain pun hadap masalah sama, tapi tak semestinya mereka batalkan dasar pelancongan yang beri pulangan besar kepada negara.

“Kenapa bila Malaysia buat, terus ada suara nak batal? Isu ni bukan pasal visa – tapi pasal penguatkuasaan kita sendiri yang longgar,” katanya sinis.

Warga Malaysia Pun Akan Dapat Visa Percuma Ke China

Ironinya, sementara rakyat Malaysia sibuk minta dasar ini dibatalkan, kerajaan China pula bersetuju beri visa percuma selama 90 hari kepada rakyat Malaysia sebagai balasan. Perjanjian dua hala ini akan berlangsung selama lima tahun dan boleh diperbaharui secara automatik. Tapi nampaknya kita yang tak sabar nak tutup pintu pada pelancong yang bawak duit masuk?

Tiong: Jangan Politikkan Isu, Jangan Racun Minda Rakyat

Menteri juga tak berselindung bila menyebut bahawa ada pihak sengaja politikkan dasar ni untuk raih sokongan murahan, dengan menakut-nakutkan rakyat kononnya negara “dibanjiri” pelancong China yang ambil alih peluang bisnes tempatan.

“Kritik secara membuta tuli ni tak bertanggungjawab. Ia rosakkan kepercayaan rakyat terhadap dasar kerajaan yang dibuat berdasarkan kajian dan data,” tegasnya.

Beliau juga telah hubungi Kedutaan China untuk siasat video TikTok yang memutarbelit fakta berkenaan dasar ini, dan menyeru rakyat supaya lebih bijak tapis maklumat yang mereka hadam dan sebarkan.


Jadi persoalannya sekarang: Salah dasar, atau salah kita yang tak mampu kawal pelaksanaannya?
Dasar visa percuma ni sebenarnya peluang, tapi kalau penguatkuasaan lembik dan rakyat suka percaya video viral tanpa usul periksa – kita jugak yang rugi.

Apa pandangan korang? Patut ke kita teruskan dasar ni, atau memang patut dihentikan?

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA