HalalXPlorer Logo
mysawasdee hatyai train
07 June 2025

KTMB Tawar Tren Khas ke Hat Yai Serendah RM95 Jun Ini : Cuti Hujung Bulan Jadi Lebih Menarik!

Kongsikan:

Cuti hujung bulan ni ke mana ? Jom kita ke Hat Yai ! Kalau korang tengah plan nak rehatkan minda, shopping murah atau food hunting di luar negara tanpa perlu naik flight – ini berita paling best untuk korang.

KTMB Tawar Tren Khas ke Hat Yai Jun Ini : Cuti Hujung Bulan Jadi Lebih Menarik!

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini kembali dengan tren khas MySawasdee edisi Jun 2025 yang membawa korang terus dari Malaysia ke Hat Yai, Thailand! Tarikh perjalanan yang ditetapkan adalah 27 hingga 30 Jun 2025, jadi memang sesuai sangat untuk korang yang dah lama rancang nak ke sana tapi nak elak drive jauh atau tunggu lama di sempadan.

Paling menarik, trip ini bukan untuk orang KL jer, tapi orang tempat lain di kawasan utara pun boleh join jugak sebab tren ini akan berhenti di Ipoh dan Taiping, sebelum ke Padang Besar dan seterusnya ke Hat Yai !

KTMB Tawar Tren Khas ke Hat Yai Jun Ini : Cuti Hujung Bulan Jadi Lebih Menarik!


Kenapa Pilih Tren MySawasdee ke Hat Yai?

Selesa & Bebas Stres Jalan Raya
Tak perlu risau jem di sempadan Padang Besar ataupun nak pusing-pusing cari parkir. Tren khas ini terus membawa korang ke Stesen Hat Yai – yang terletak di tengah-tengah bandar, jadi lepas turun tren je, boleh terus mula jalan-jalan.

Harga Berpatutan – Serendah RM95
Untuk satu hala, tiket bermula hanya RM95! Sangat berbaloi untuk perjalanan yang selesa, lengkap dengan kemudahan tempat duduk yang selesa dan tandas, serta pemandangan cantik sepanjang perjalanan.

Proses Imigresen Lebih Mudah
Imigresen akan diuruskan dengan lebih lancar berbanding cara konvensional melalui jalan darat. Penumpang akan melalui pemeriksaan imigresen di stesen tertentu dan tidak perlu beratur panjang seperti di pintu sempadan biasa.

Syurga Membeli-Belah & Makanan Halal
Hat Yai terkenal sebagai destinasi beli-belah dan tempat makan best untuk rakyat Malaysia. Sama ada korang nak shopping kain murah, kasut, beg, makanan Thai halal atau seafood segar – semua ada di sini!


Jadual Perjalanan

KTMB Tawar Tren Khas ke Hat Yai Jun Ini : Cuti Hujung Bulan Jadi Lebih Menarik!
KTMB Tawar Tren Khas ke Hat Yai Jun Ini : Cuti Hujung Bulan Jadi Lebih Menarik!

Cara Tempah Tiket?

KTMB menyediakan pelbagai cara mudah untuk menempah tiket:

Tak perlu risau bab pembayaran – semua platform ini menyokong #GoCashLess, lebih pantas dan selamat!


Info Ringkas:

  • Perkhidmatan: Tren khas MySawasdee KTMB
  • Tarikh perjalanan: 27 – 30 Jun 2025
  • Harga tiket: Bermula RM95 (sehala)
  • Destinasi: Terus ke Stesen Hat Yai, Thailand
  • Tempahan: Melalui KITS, online atau KIOS KTMB

Penutup

Kalau korang masih tercari-cari lokasi percutian santai hujung bulan ni, Hat Yai patut ada dalam senarai utama korang. Dengan adanya tren khas KTMB ni, percutian korang jadi lebih mudah, jimat dan menyeronokkan.

Jangan tunggu lama-lama, tempah awal sebab tempat adalah terhad dan sambutan untuk laluan ini selalunya memang luar biasa!

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA