HalalXPlorer Logo
langkawi nature park
04 April 2025

Langkawi Nature Park: Syurga Alam Semula Jadi yang Wajib Masuk Bucket List

Kongsikan:

Kalau korang jenis suka alam semula jadi, suka tengok haiwan liar dalam habitat semula jadi, dan suka tempat yang tak penuh dengan bangunan konkrit—Langkawi Nature Park adalah destinasi wajib !

Langkawi Nature Park: Syurga Alam Semula Jadi yang Wajib Masuk Bucket List

Ini bukan sekadar hutan biasa, tapi kawasan hutan bakau yang luas dengan ekosistem yang kaya, lengkap dengan haiwan eksotik, boardwalk eco-friendly, dan suasana yang buat korang rasa macam dalam dokumentari National Geographic.

Langkawi Nature Park: Syurga Alam Semula Jadi yang Wajib Masuk Bucket List

Bayangkan korang berjalan atas boardwalk sepanjang 800 meter, dikelilingi pokok bakau yang menjulang tinggi, sambil dengar bunyi burung berkicau dan monyet bersahut-sahutan.

Langkawi Nature Park: Syurga Alam Semula Jadi yang Wajib Masuk Bucket List

Kalau bernasib baik, boleh nampak burung kingfisher dengan bulu berwarna biru terang tengah memburu ikan, atau elang laut yang terbang megah di langit Langkawi. Kadang-kadang, biawak air atau ular pokok pun ada menyorok antara ranting—seram, tapi cool!

Langkawi Nature Park: Syurga Alam Semula Jadi yang Wajib Masuk Bucket List

Kenapa Langkawi Nature Park Lain Dari Yang Lain?

Satu benda best pasal tempat ni, kau tak perlu naik bot untuk explore hutan bakau. Biasanya, kalau korang nak masuk kawasan bakau, kena naik bot yang kadang-kadang boleh mengganggu ekosistem. Tapi kat sini, ada boardwalk yang eco-friendly—korang boleh jalan kaki sambil nikmati keindahan alam dengan lebih tenang tanpa rasa bersalah mencemarkan alam.

Langkawi Nature Park: Syurga Alam Semula Jadi yang Wajib Masuk Bucket List

Selain hutan bakau, ada satu lagi tarikan yang buat tempat ni makin menarik—zoo mini yang penuh dengan haiwan eksotik. Dibuka semula pada tahun 2022, tempat ni jadi rumah kepada lebih 200 ekor haiwan yang kebanyakannya diselamatkan selepas pandemik. Yang paling rare? Satu-satunya keluarga jaguar di Malaysia! Kalau korang peminat kucing besar, sini juga ada singa, hyena, dan binturong—haiwan unik yang bau badannya macam popcorn caramel! Tak cukup dengan tu, ada juga landak ekor berus yang nampak comel tapi sebenarnya ganas kalau kena kacau.

Langkawi Nature Park: Syurga Alam Semula Jadi yang Wajib Masuk Bucket List

Apa Lagi Yang Menarik?

Sebab ramai yang suka tengok haiwan aktif waktu malam, pihak taman ni tengah plan nak extend waktu operasi sampai 10 malam! Maksudnya, nanti korang boleh tengok haiwan nocturnal seperti binturong dan beberapa spesies lain dalam aksi sebenar mereka. Tak semua zoo atau taman haiwan ada pengalaman macam ni, so kalau dah buka nanti, memang rugi kalau tak datang.

Waktu Operasi

Mulai Julai 2024, Langkawi Nature Park dibuka dari 12:00 tengah hari hingga 7:00 malam, dengan kemasukan terakhir sebelum 6:00 petang. Nantikan pelancaran program waktu malam yang bakal diumumkan tidak lama lagi!

Harga Tiket Semasa

Pengunjung boleh meneroka Mangrove Walk, serta menikmati pengalaman di Predator Castle, Laughing Hyenas, Deer Land dan Aviary.

Jenis TiketDewasa (RM)Kanak-kanak (RM)
Pas Harian4838
Pas Mingguan9268
Lawatan Berpandu (seorang)+20+15

Tiket ini membolehkan pengunjung menikmati lawatan bebas di kawasan hutan bakau dan pameran haiwan yang tersedia. Lawatan berpandu boleh diatur atas permintaan.

Pas Tahunan

Untuk menggalakkan gaya hidup sihat dengan aktiviti berjalan santai di hutan bakau dan sekitar taman, kami menawarkan Langkawi Residents’ Annual Pass pada harga RM120 seorang (dewasa/kanak-kanak).

Jenis Pas TahunanDewasa (RM)Kanak-kanak (RM)
Pas Tahunan Penduduk Langkawi120120

*Pas tahunan ini tidak boleh dipindah milik dan hanya sah untuk kegunaan seorang pemegang pas sahaja.

Aktiviti Yang Tersedia

Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik di Langkawi Nature Park, termasuk menyewa basikal, memberi makan haiwan, dan menyertai lawatan berpandu.

AktivitiDewasa (RM)Kanak-kanak (RM)
Sewa Basikal (15 minit)2015
Pakej Makanan HaiwanDari 10 / pek, 20 untuk HyenaDari 10 / pek, 20 untuk Hyena
Fotografi KenanganPakej dari 50Pakej dari 50
Lawatan Berpandu (seorang)Tambah 20/pax atau 250/kumpulanTambah 20/pax atau 250/kumpulan
Pakej Bot + Nature ParkHarga atas permintaanHarga atas permintaan

Untuk maklumat lanjut, tempahan kumpulan, atau sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami!

Info Penting

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 12 PM - 7 PM (akan dilanjutkan ke 10 PM nanti)
  • Alamat: Langkawi Nature Park, Jalan Ayer Hangat, Kuala Kisap Forest Reserve, 07000 Langkawi, Kedah
  • Hubungi : +60129049200
  • Laman web: Langkawi Nature Park

Jadi, Berbaloi Tak?

Kalau korang jenis yang suka nature trip, confirm berbaloi. Selain dapat tengok keindahan hutan bakau tanpa perlu naik bot, korang juga dapat pengalaman dekat dengan haiwan yang rare. Plus, suasana kat sini memang chill gila, jauh dari kawasan pelancongan yang sibuk. So, kalau korang plan nak ke Langkawi, Langkawi Nature Park wajib ada dalam itinerary !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA