HalalXPlorer Logo
warga malaysia bebas masuk china tanpa visa
07 May 2025

Warga Malaysia Boleh Masuk China Tanpa Visa Selama 90 Hari

Kongsikan:

Nak Travel ke China Lama Sikit? Tak Perlu Visa Dah, Boleh Duduk Sampai 90 Hari!

Yes geng, berita paling padu untuk korang yang suka travel — lepas ni rakyat Malaysia boleh masuk China tanpa visa dan stay sampai 90 hari! Tak payah pening nak apply visa lagi, sebab Malaysia dan China baru je capai persetujuan menerusi Perjanjian Pengecualian Visa Dua Hala (Mutual Visa Exemption Agreement) yang akan berkuat kuasa tak lama lagi. Tengah tunggu proses domestik kedua-dua negara settle je dulu.

great wall of china

Dan ini bukan main-main — deal ni sah selama lima tahun, dan automatik akan sambung lagi lima tahun kalau semua okay. So, ada masa 10 tahun untuk korang plan trip ke Shanghai, Chengdu, Guangzhou atau nak explore tempat rare kat China.

Tapi jap jap jap... apa maksud “90 hari dalam 180 hari”?

Maksud dia, dalam mana-mana tempoh 180 hari, korang boleh berada di China selama maksimum 90 hari secara total. Kira jumlah hari la, bukan terus 90 hari setiap kali masuk. Kalau dah duduk 90 hari dalam tempoh tu, korang kena tunggu sampai hari ke-181 baru boleh masuk balik tanpa visa.

Dan ingat juga, hari-hari yang korang pernah duduk kat China dengan visa pelajar, permit kerja, atau APEC Business Travel Card tu tak kira dalam kuota 90 hari ni, so jangan risau kalau pernah tinggal lama sebab urusan kerja/study dulu.

chinese temple

Kalau belum capai 90 hari tapi tinggal 10 hari je quota?

Haa, masuk kali kedua pun cuma boleh duduk ikut baki tu je, iaitu 10 hari. So, korang kena plan betul-betul tempoh perjalanan supaya tak terlebih quota visa-free.

Menariknya, rakyat China pun akan dapat hak yang sama bila datang ke Malaysia. Win-win gitu. Menurut Kedutaan China, langkah ni dijangka akan boost lagi hubungan dua hala, terutamanya dalam pelancongan, pendidikan, dan kerjasama ekonomi.

temple in china

Kalau sebelum ni lawatan tanpa visa hanya terhad 30 hari, kini naik terus tiga bulan. Serius, ini memang upgrade yang ramai tunggu.

Jadi, kepada korang yang dah lama plan nak explore China — maybe nak hiking kat Zhangjiajie, atau jalan-jalan makan kat Xi’an — boleh start simpan duit dan plan itinerary dari sekarang. Tak lama lagi, nak fly ke China tak perlu fikir soal visa lagi!

Korang excited tak dengan perkembangan baru ni?

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA