HalalXPlorer Logo
10 tempat menarik buat kanak kanak di putrajaya
15 September 2023

10 tempat menarik di putrajaya buat kanak-kanak

Kongsikan:

Putrajaya, dikenali sebagai bandar pentadbiran kerajaan mungkin nampak membosankan bagi sesetengah orang. Namun, sebenarnya Putrajaya mempunyai banyak tarikan yang unik buat semua. Pada perkongsian kali ini, kami akan berikan 10 tempat menarik di Putrajaya yang pastinya akan membuatkan kanak-kanak keriangan !

1. Kiddytopia

image 51

Masuki dunia keseronokan dan permainan di Kiddytopia, taman permainan yang mesra keluarga pasti disukai oleh kanak-kanak.

image 52
Kredit : En Marul

Kiddytopia IOI City Mall merupakan cawangan terbesar Kiddytopia dan taman permainan tertutup terbesar di Putrajaya ! Ia mempunyai ruang terbuka yang luas dipenuhi dengan mainan, peralatan permainan dan tarikan untuk diterokai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

image 53
Kredit : Irine Nadia Marcello

Kakitangan yang mesra sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan, mengawasi peraturan keselamatan dan menyediakan persekitaran yang bersih sepanjang waktu.

Harga Tiket

Hari Biasa :

2 Tahun Ke Atas - RM45
Bawah 2 Tahun - RM20

Hujung Minggu / Cuti Sekolah

2 Tahun Ke Atas - RM55
Bawah 2 Tahun - RM25

*Penjaga Dibenarkan Masuk Secara Percuma

image 54
Kredit : Irine Nadia Marcello

Antara yang menarik adalah surau disediakan, memudahkan penjaga untuk solat tanpa perlu mencari surau IOI City Mall yang terletak jauh. Tandas pula terletak bersebelahan Kiddytopia. Jangan risau untuk keluar ke tandas kerana tiket kemasukan ke Kiddytopia adalah per hari tanpa had keluar dan masuk.

Sekiranya lapar, Cafe Kiddytopia pula menyediakan pelbagai hidangan menarik untuk kanak-kanak dan dewasa seperti pizza, pasta dan lain-lain.

Ia adalah tempat yang bagus apabila anda memerlukan masa keluarga yang berkualiti dengan harga yang berpatutan!

2. IOI City Farm

image 48

IOI City Farm adalah ruang edutainment mesra keluarga yang merupakan tarikan serba baharu dan menarik di Lembah Klang. Ia direka bentuk dengan konsep "indoor living planet", atau planet kehidupan dalam ruangan tertutup. 'Ladang' yang berada dalam bangunan ini terdiri daripada 2 aras dan 3 zon yang merentasi ruang seluas 18,000 kaki persegi.

image 49

Secara asasnya, anda akan temui 70 spesies haiwan comel, hidupan marin & tumbuhan. Kesemuanya dikumpulkan di bawah satu tempat.

Walaupun tidak terlalu besar, IOI City Farm cukup menarik dengan pelbagai pameran interaktif yang boleh membuatkan orang dewasa dan kanak-kanak menghabiskan masa berjam-jam untuk berseronok sambil belajar disini.

image 50

Ladang ini direka bentuk dengan penglibatan dan nasihat ahli zoologi, aquarist dan ahli botani yang berkelayakan untuk menjadikan tempat ini sebagai destinasi yang menarik dan menyeronokkan untuk semua pelawat, terutamanya kanak-kanak bagi mempelajari tentang dunia alam semula jadi di sekeliling mereka.

Tarikan utama di IOI City Farm adalah 3 zon yang memisahkan kategori pameran iaitu Greenland, Little Rimba, dan juga Freshwater World.

3. District 21

image

Terletak di dalam IOI City Mall, atrium dalaman seluas 52,000 kaki persegi ini menampilkan 8 tarikan pengembaraan yang mendebarkan dan laluan berhalangan untuk anda temui. Bersedia untuk memanjat, meluncur, menunggang, melompat, jatuh bebas dan terbang!


Harga Tiket

Hari Biasa

  • Pengunjung Aktif : RM64
  • Pengunjung Tidak Aktif (Pemerhati) : RM10

Hujung Minggu / Cuti Umum & Cuti Sekolah

  • Pengunjung Aktif : RM80
  • Pengunjung Tidak Aktif (Pemerhati) : RM10

Waktu Operasi

Hari Minggu

  • (12pm-8pm)

Hujung Minggu / Cuti Umum & Cuti Sekolah

  • (10am-8pm)

4. Pantai Floria

image 1

Bermula 1 Mac 2022, pantai buatan yang terletak di Anjung Floria merupakan antara tarikan rekreasi terbaharu di Putrajaya.

Beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang setiap hari, pantai sepanjang 100 meter itu dilengkapi kawasan lapang, air pancuran dan tempat duduk bertingkat yang selesa.

Di sepanjang sisiran tasik Anjung Floria pula terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya memancing, berkayak, bot kawalan jauh dan berkelah untuk para pengunjung meluangkan masa bersama keluarga. Paling menarik kawasan rekreasi ini terletak di lokasi mudah akses lengkap dengan pelbagai fasiliti antaranya cyclist cafe, surau, tandas awam serta kawasan letak kereta yang luas.

5. Putrajaya Story

image 2

Discover Putrajaya merupakan tarikan baharu pelancong yang terletak di tengah-tengah Putrajaya. Lokasinya mudah diakses terletak bersebelahan Dataran Putra, Discover Putrajaya bertujuan untuk memberikan kepada pengunjung dengan 3E yang terdiri daripada (Education, Experience & Enjoyable) yang berkisar tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara utama di Putrajaya.

Alami pemandangan serta bunyi-bunyian yang menakjubkan hanya di Discover Putrajaya.

6. Putrajaya Wetland Studios

image 3

Wetland Studios Putrajaya terletak kawasan air tawar tropika buatan manusia terbesar di iaitu Taman Wetland Putrajaya, Wetland Studios Putrajaya merupakan sebuah  taman tema didik-hibur dalaman berhawa dingin berteraskan teknologi.

Tarikan terbaru ini menawarkan tarikan dan kandungan bertemakan pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar selain menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya kepada masyarakat setempat, serta flora  dan fauna.

Melalui pengalaman hibrid secara maya dan fizikal, para pengunjung akan mendalami tentang sejarah bumi, peranan penting air serta ekosistem  pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, serangga, pokok,  bunga dan lain-lain. 

Memang seronok dapat bawa anak-anak jalan-jalan sambil menerokai alam semulajadi yang hebat melalui kaedah yang unik dan terbaru, memang seiring dengan perkembangan teknologi alaf baru.

Antara pengalaman menarik menanti pengunjung adalah immersive reality di Wetland Studios Putrajaya merangkumi  aset fizikal seperti animatronik, replika dan hiasan berkonsepkan alam semula  jadi melalui teknologi seperti hologram, Augmented Reality (AR) serta Virtual Reality (VR).

Pengunjung juga boleh juga menemui watak animasi dan mempelajari pelbagai spesies hidupan termasuk makhluk pupus seperti T-rex dan sebagainya.

7. Putrajaya Secret Garden

image 4

Tarikan ini terletak di Taman Putra Perdana Presint 1, Lampu-lampu akan dibuka bila malam menjelang. Suasana Taman dipenuhi cahaya ini umpama wujudnya 'secret garden' di Putrajaya . Memang unik. Seronok kalau bawa anak-anak bermain disini.

Untuk ke sini, ia terletak di pintu masuk ke Taman Putra Perdana Presint 1, Putrajaya, berhadapan Hotel Pulse Grande. Memang mudah untuk ke sini sebab terletak bersebelahan tempat letak kenderaan awam. Tandas pun ada di taman ini.

8. Ice Scape Putrajaya

image 5

Icescape mempunyai Gelanggang Luncur Ais bersaiz Olimpik di Malaysia. Terletak di tingkat 1 IOI City Mall, gelanggang denfan saiz 30m x 60m permukaan ais dengan pemandangan kaca yang menakjubkan.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan daripada Daripada luncur riadah kepada luncur laju dan Hoki Ais. Bersama-sama dengan kemudahan luncur, mereka juga menyampaikan pelbagai kursus meluncur daripada pengenalan luncur untuk pemula kepada standard profesional.

9. Taman Ekuestrian Putrajaya

Terletak di pinggir Taman Puncak Selatan (berhampiran PICC) ialah pusat ekuestrian bertaraf dunia Putrajaya yang dikenali sebagai ‘Taman Ekuestrian Putrajaya’ (TEP). Taman seluas 70 ekar ini menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan ekuestrian untuk tunggangan awam, pertandingan, lawatan ke kandang kuda, pelajaran menunggang dan banyak lagi.

image 6

TEP pernah menganjurkan acara ekuestrian dan dressage seperti Pertunjukan Kuda Siri Piala Perdana pada 2006 yang menarik lebih daripada 30 kelab antarabangsa dan tempatan ke Putrajaya, di samping kelayakan Piala Word Asia FEI, SUKMA dan Sukan SEA. Menawarkan persekitaran dan kemudahan untuk pertandingan tunggangan awam, ekuestrian dan polo.

Anda boleh menunggang kuda pada kadar harga hanya RM15 !

10. Doubletree by Hilton Putrajaya Lakeside

image 7

Hotel yang menawarkan penginapan 5 bintang di kawasan seluas 4 ekar di sepanjang Tasik Putrajaya. Ia mempunyai  290 unit bilik untuk tetamu hotel.  Hotel ini mempunyai 3 kolam renang utama, namun yang aling menarik di hotel ini adalah kolam mandi bagi kanak-kanak yang dilengkapi dengan permainan gelongsor, pancutan air dan sebagainya !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA