HalalXPlorer Logo
19 May 2020

Bosan 'Travel di rumah sewaktu PKP'? - Sertai Challenge dari Malaysia Airlines ini

Kongsikan:

Kami memahami tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sememangnya waktu yang sukar buat para Travellers. Pastinya ada yang tak senang duduk dan rasa giat sangat nak berjalan kan?

Kalau tak dapat 'travel' pun tak apa waktu PKP ini. Yang penting dapat ambil 'feel itu sikit. Bolehlah lepaskan rindu. Ataupun tempoh PKP ini digunakan sebagai waktu 'cari modal' untuk rancangan travel seterusnya sambil seronok-seronok.

Untuk itu, apa kata anda menyertai peraduan #EnrichTravelChallenge daripada Malaysia Airlines ini. Suka suka jer, tapi kalau kreatif anda kemungkinan menjadi pemenang !

Apa perlu buat ?

Mudah sahaja , anda hanya perlu kongsikan video transformasi kreatif anda macam #DontRushChallenge yang 'viral' tu kemudian paparkan di akaun sosial media anda. Jangan lupa pastikan akaun sosial media anda 'Public'. Jangan lupa sertakan hashtag #EnrichTravelChallenge #DontRushChallenge dan #EnrichbyMH

Hadiah

5 pemenang dengan video kreatif akan dipilih untuk memenangi 10,000 Enrich Miles ! Kepada yang tidak tahu, Enrich Miles adalah sistem mata ganjaran buat penumpang Malaysia Airlines. Enrich Miles yang terkumpul boleh ditebus untuk mendapatkan tiket penerbangan, mendapatkan 'upgrade' ke kelas perniagaan (Business Class) dan juga barangan eksklusif Malaysia Airlines. Disini kami sertakan jadual untuk anda melakukan kira-kira apa yang boleh dibuat dengan 10,000 Miles yang dimenangi oleh anda nanti .

table malaysia airlines
Sumber : Malaysia Airlines

Di artikel lain, kami akan ceritakan bagaimana fungsi mata ganjaran oleh syarikat penerbangan. Tetapi, buat masa sekarang anda perlu tahu meraih mata ganjaran tanpa perlu mengeluarkan wang adalah peluang keemasan yang patut anda ambil !

Tempoh Peraduan

Peraduan ini akan berlangsung dari 8 Mei 2020- 22 Mei 2020. Jangan lupa ! Maklumat lanjut , layari laman disini.
Untuk ketahui lebih banyak artikel mengenai penerbangan, sila klik disini

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA